Unggas dalam Peribahasa Melayu: Satu Analisis Semantik Inkuisitif

Author:

Daud Muhammad Zaid

Abstract

ABSTRAKKewujudan unggas dalam peribahasa Melayu telah diasimilasikan dengan kelakuan manusia yang dapat dilihat melalui makna harfiah peribahasa tersebut. Unggas atau nama saintifiknya Aves telah dikelaskan sebagai haiwan yang mempunyai sayap, sama ada boleh terbang mahupun tidak, berdarah panas, berkaki dua dan bertelur. Unggas juga ialah haiwan vertebrata yang terdapat di serata dunia termasuk di sekitar gurun, hingga kutub utara dan selatan, serta di kawasan hujan tropika. Data kajian ini diperoleh daripada Kamus Peribahasa Melayu Edisi Kelima oleh Rahman (2017), Kamus Istimewa Peribahasa Melayu Edisi Kedua oleh Hussain (2016) serta Kamus Peribahasa Melayu oleh Said (2013). Analisis data menggunakan pendekatan kualitatif. Analisis dokumen melibatkan data peribahasa Melayu ini telah dibukukan dan memuatkan sebanyak 207 unggas dalam peribahasa Melayu. Dalam kajian ini, imej unggas telah dipecahkan kepada beberapa subunggas seperti, ayam (Gallus gallus domesticus), burung (Bird), itik (Anas platyrhynchos) dan angsa (Anserini). Peribahasa yang memaparkan unggas-unggas ini, seterusnya dipecahkan lagi kepada lapan domain khusus iaitu; domain kebiasaan, sia-sia, rezeki, ironi/sindiran, khianat, hati-hati/teliti, kekuasaan dan jodoh. Sebanyak 11 peribahasa Melayu dijadikan sampel dan dianalisis menggunakan pendekatan Semantik Inkuisitif (SI) oleh Jalaluddin (2014). Pendekatan Rangka Rujuk Silang (RRS) oleh Kempson (1986) yang berpandukan data korpus diperoleh daripada Pangkalan Korpus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta Malay Concordance Project (MCP). Tujuan pendekatan ini diaplikasikan adalah untuk pengesahan makna peribahasa dengan lebih lanjut. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pemilihan leksikal unggas dalam peribahasa Melayu dikaitkan dengan makna implisit berdasarkan kognitif dan falsafah kehidupan masyarakat Melayu pada zaman dahulu. Didapati juga, makna sebenar peribahasa tersebut diketengahkan dengan mengambil kira akal budi dan keintelektualan pemikiran masyarakat Melayu.

Publisher

Center for Open Science

Cited by 5 articles. 订阅此论文施引文献 订阅此论文施引文献,注册后可以免费订阅5篇论文的施引文献,订阅后可以查看论文全部施引文献

同舟云学术

1.学者识别学者识别

2.学术分析学术分析

3.人才评估人才评估

"同舟云学术"是以全球学者为主线,采集、加工和组织学术论文而形成的新型学术文献查询和分析系统,可以对全球学者进行文献检索和人才价值评估。用户可以通过关注某些学科领域的顶尖人物而持续追踪该领域的学科进展和研究前沿。经过近期的数据扩容,当前同舟云学术共收录了国内外主流学术期刊6万余种,收集的期刊论文及会议论文总量共计约1.5亿篇,并以每天添加12000余篇中外论文的速度递增。我们也可以为用户提供个性化、定制化的学者数据。欢迎来电咨询!咨询电话:010-8811{复制后删除}0370

www.globalauthorid.com

TOP

Copyright © 2019-2024 北京同舟云网络信息技术有限公司
京公网安备11010802033243号  京ICP备18003416号-3