Format Imej Rumput dalam Peribahasa Tamil: Suatu Kajian Semantik Inkuisitif

Author:

Murthy Tangaprabu,Subet Mary Fatimah

Abstract

Peribahasa Tamil merupakan cabang seni sastera lisan dalam budaya masyarakat India. Peribahasa juga dicipta hasil daripada pengamatan lapisan masyarakat terhadap keistimewaan alam semula jadi ciptaan Tuhan yang juga mempunyai makna tersurat dan tersirat. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti makna implisit di sebalik peribahasa Tamil yang menggunakan imej tumbuhan, khususnya imej rumput serta pengaruh budaya yang menyebabkan lahirnya peribahasa yang melibatkan imej tumbuhan di samping mengenali makna harfiah peribahasa Tamil yang menggunakan imej tumbuhan. Kajian ini bukan sahaja dilaksanakan untuk mengenal pasti dan menganalisis makna implisit di sebalik penggunaan 25 peribahasa Tamil yang menggunakan imej tumbuhan malah juga untuk menganalisis pengaruh budaya dan akal budi dari aspek semantik inkuisitif dalam peribahasa Tamil yang mempunyai imej tumbuhan. Di samping itu, kajian ini juga dilaksanakan mengikut kaedah kualitatif iaitu melalui temu bual terhadap empat orang informan dan ulasan yang dibuat terhadap peribahasa Tamil yang menggunakan imej tumbuhan. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa masyarakat India mencipta setiap peribahasa menggunakan alam semula jadi di sekeliling mereka. Selain itu, setiap peribahasa yang dicipta mempunyai makna implisit di sebaliknya dan setiap makna itu mempunyai satu ikatan yang kukuh dengan budaya serta akal budi masyarakat tersebut. Kesimpulannya, penelitian terhadap peribahasa Tamil telah menyerlahkan ketinggian pemikiran dan akal budi masyarakat India dalam penciptaan peribahasa Tamil yang menggunakan imej tumbuhan.

Publisher

UNIMAS Publisher

Subject

Linguistics and Language,Communication,Language and Linguistics,Cultural Studies

Reference31 articles.

1. Abdullah, H. (1997). Canai budi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

2. Ahmad, Z. A. (Za'ba), (1965). Ilmu mengarang Melayu. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

3. Ciardelli, I., Groenendijk, J., & Roelofsen, F. (2012). Inquisitive semantics. Oxford University Press.

4. Daud, M. Z. (2017). Slanga kedai kopi: Satu analisis semantik inkuisitif (Tesis sarjana muda tidak diterbitkan). Universiti Malaysia Sarawak, Malaysia.

5. Daud, M. Z. (2018a). Domain rezeki dalam peribahasa Melayu berorientasikan Aves melalui perspektif semantik inkuisitif. MALTESAS Multi-Disciplinary Research Journal (MIRJO), 3(1), 19-28.

Cited by 2 articles. 订阅此论文施引文献 订阅此论文施引文献,注册后可以免费订阅5篇论文的施引文献,订阅后可以查看论文全部施引文献

同舟云学术

1.学者识别学者识别

2.学术分析学术分析

3.人才评估人才评估

"同舟云学术"是以全球学者为主线,采集、加工和组织学术论文而形成的新型学术文献查询和分析系统,可以对全球学者进行文献检索和人才价值评估。用户可以通过关注某些学科领域的顶尖人物而持续追踪该领域的学科进展和研究前沿。经过近期的数据扩容,当前同舟云学术共收录了国内外主流学术期刊6万余种,收集的期刊论文及会议论文总量共计约1.5亿篇,并以每天添加12000余篇中外论文的速度递增。我们也可以为用户提供个性化、定制化的学者数据。欢迎来电咨询!咨询电话:010-8811{复制后删除}0370

www.globalauthorid.com

TOP

Copyright © 2019-2024 北京同舟云网络信息技术有限公司
京公网安备11010802033243号  京ICP备18003416号-3