Slanga Kedai Kopi: Satu Analisis Semantik Inkuisitif

Author:

Daud Muhammad Zaid

Abstract

Kajian makna slanga yang dijalankan oleh sarjana lepas kebanyakannya cukup berhenti di tahap semantik skrip dan semantik resonans sahaja. Oleh itu, kajian ini mengetengahkan penerokaan makna slanga berimplisit menggunakan pendekatan semantik inkuisitif (SI) oleh Nor Hashimah Jalaluddin (2014). Pengkaji cuba menginterpretasikan makna sebenar slanga ini dengan mengambil kira data – transkripsi perbualan di kedai kopi (KK), teori, kognitif, falsafah dan akal budi penuturnya untuk mencapai ke tahap SI. Hal ini demikian kerana tutur kata di kedai kopi ada yang menganggapnya sebagai suatu perbualan yang kosong bagi mengelakkan situasi yang hambar dan janggal di tempat tersebut. Namun, di dalam setiap tutur kata berikut wujudnya suatu makna yang implisit di dalam slanga yang dibicarakan oleh mereka. Kajian ini adalah berbentuk kualitatif dan telah mengaplikasikan teori semantik dengan kaedah inkuisitif. Analisis rangka rujuk silang (RRS) dilakukan terhadap slanga yang mempunyai kesiratan makna daripada 15 data terpilih berdasarkan transkripsi perbualan di KK ini. Gabungan RRS dengan maklumat budaya mendalam mampu menghasilkan penghuraian makna sebenar sesuatu slanga sehingga ke akal budi penuturnya. Dapatan kajian bagi slanga di KK ini antaranya terdiri daripada slanga kedai kopi yang berasosiasi dengan anggota tubuh badan, tumbuh-tumbuhan/buah-buahan, kelakuan manusia dan objek tidak hidup. Dalam masa yang sama penggunaan slanga ini mengandungi bahasa-bahasa figuratif yang masih mampu difahami namun, berselindung di sebalik makna eksplisitnya kerana ada topik yang dibualkan itu dianggap sulit. Oleh itu, perincian makna secara lebih saintifik terhadap tutur kata masyarakat di KK dapat dikemukakan daripada hanya membuat perspektif umum sahaja.Kata kunci: slanga, makna implisit, transkripsi perbualan, semantik inkuisitif, rangka rujuk silang (RRS)How to cite:Muhammad Zaid Daud. (2017). Slanga kedai kopi: Satu analisis semantik inkuisitif (Unpublished final year project). Universiti Malaysia Sarawak, Kota Samarahan, Malaysia.

Publisher

Center for Open Science

Cited by 1 articles. 订阅此论文施引文献 订阅此论文施引文献,注册后可以免费订阅5篇论文的施引文献,订阅后可以查看论文全部施引文献

同舟云学术

1.学者识别学者识别

2.学术分析学术分析

3.人才评估人才评估

"同舟云学术"是以全球学者为主线,采集、加工和组织学术论文而形成的新型学术文献查询和分析系统,可以对全球学者进行文献检索和人才价值评估。用户可以通过关注某些学科领域的顶尖人物而持续追踪该领域的学科进展和研究前沿。经过近期的数据扩容,当前同舟云学术共收录了国内外主流学术期刊6万余种,收集的期刊论文及会议论文总量共计约1.5亿篇,并以每天添加12000余篇中外论文的速度递增。我们也可以为用户提供个性化、定制化的学者数据。欢迎来电咨询!咨询电话:010-8811{复制后删除}0370

www.globalauthorid.com

TOP

Copyright © 2019-2024 北京同舟云网络信息技术有限公司
京公网安备11010802033243号  京ICP备18003416号-3