Imej Tebu dalam Peribahasa Tamil: Analisis Semantik Inkuisitif(Sugar Cane images in Tamil Proverbs: A Semantic Inquisitive analysis)

Author:

MURTHY TANGAPRABHU,SUBET MARY FATIMAH

Abstract

Peribahasa dicipta hasil daripada pengamatan masyarakat terhadap keistimewaan alam semula jadi. Peribahasa juga mempunyai makna tersurat dan tersirat. Penggunaannya dapat menggambarkan kehalusan masyrakat berbahasa. Kajian ini dilaksanakan untuk mengesan kewujudan falsafah dan akal budi masyarakat India dalam penciptaan peribahasa serta mengesan makna sebenar yang ingin dikemukakan dalam peribahasa masyarakat India. Kerangka teori yang digunakan untuk mencapai objektif kajian ini ialah teori semantik inkuisitif oleh Nor Hashimah Jalaluddin (2014). Kajian ini ialah kajian kualitatif. Empat orang informan telah ditemu bual dan 25 data telah diperoleh. Dalam artikel ini, tiga data sahaja yang menggunakan imej tumbuhan tebu akan dibincangkan. Kajian mendapati penciptaan peribahasa masyarakat India amat berkait rapat dengan pengamatan mereka terhadap alam sekitar. Didapati juga, wujud maklumat falsafah dan akal budi masyarakat India dalam penciptaan peribahasa mereka. Makna sebenar yang dihajati juga dapat dirungkai setelah melalui tiga peringkat analisis dalam kaedah semantik inkuisitif. Akhir sekali, kajian sebegini lebih tinggi kesahannya kerana analisis makna menggunakan teori yang berwibawa. Kajian sebegini dapat menghuraikan makna implisit setiap peribahasa yang dicipta sehinggalah ke akal budi penuturnya.Kata kunci: Peribahasa Tamil, semantik, semantik inkuisitif; falsafah dan akal budi penutur

Publisher

UNIMAS Publisher

Reference20 articles.

1. Daud, M. Z. (2018a). Domain rezeki dalam peribahasa Melayu berorientasikan Aves melalui perspektif semantik inkuisitif. MALTESAS Multi-Disciplinary Research Journal (MIRJO), 3(1), 19-28.

2. Daud, M. Z. (2018b). Gallus gallus domesticus dan Paradoxurus hermaphroditus dalam peribahasa Melayu: Analisis semantik inkuisitif. Sains Humanika, 10(2), 41-51.

3. Daud, M. Z., & Subet, M. F. (2018). Ayam (gallus gallus domesticus) dalam peribahasa Melayu: Analisis semantik inkuisitif. Jurnal Kemanusiaan, 16(1).

4. Gaunder, A. (2016). Routledge handbook of Japanese politics. London, UK: Routledge.

5. Jalaluddin, N. H. (2014a). Semantik dan akal budi Melayu. Selangor, Malaysia: Universiti Kebangsaan Malaysia.

同舟云学术

1.学者识别学者识别

2.学术分析学术分析

3.人才评估人才评估

"同舟云学术"是以全球学者为主线,采集、加工和组织学术论文而形成的新型学术文献查询和分析系统,可以对全球学者进行文献检索和人才价值评估。用户可以通过关注某些学科领域的顶尖人物而持续追踪该领域的学科进展和研究前沿。经过近期的数据扩容,当前同舟云学术共收录了国内外主流学术期刊6万余种,收集的期刊论文及会议论文总量共计约1.5亿篇,并以每天添加12000余篇中外论文的速度递增。我们也可以为用户提供个性化、定制化的学者数据。欢迎来电咨询!咨询电话:010-8811{复制后删除}0370

www.globalauthorid.com

TOP

Copyright © 2019-2024 北京同舟云网络信息技术有限公司
京公网安备11010802033243号  京ICP备18003416号-3