Wanita dan e-Sukan di Malaysia: Sosialisasi dan Stereotaip Gender

Author:

Yusoff Nur Hafizah, ,Tahir Zurinah,Lyndon Novel,Abu Hasan Norhafizah,Mohd Yunus Yuza Haiqal, , , ,

Abstract

Artikel ini membincangkan mengenai stereotaip gender yang dialami oleh pemain e-sukan wanita. Isu mengenai stereotaip gender terjadi kerana e-sukan dikategorikan sebagai sukan yang didominasi oleh kaum lelaki kerana majoriti pemain terdiri daripada kaum lelaki. Bagi wanita yang memilih untuk menjadi sebahagian daripada industri e-sukan, mereka tidak dapat lari daripada elemen stigma, label dan seterusnya stereotaip hanya disebabkan gender mereka berbeza. Bagi menjawab isu ini, pendekatan kualitatif menggunakan temu bual mendalam telah dilakukan ke atas tujuh orang wanita yang terlibat aktif di dalam e-sukan. Informan tersebut dipilih melalui persampelan bertujuan dengan ciri-ciri spesifik iaitu wanita, terlibat di dalam e-sukan dan menjadi pemain bagi sesebuah pasukan/kelab e-sukan dan terlibat dalam permainan jenis berperanan berganda (MMOPRGs). Data dianalisis menggunakan analisis tematik dan dipersembahkan secara deskriptif dan naratif. Hasil kajian menunjukkan terdapat beberapa jenis stereotaip yang menjadi cabaran serta halangan kepada pemain wanita ini untuk terus berjaya di dalam kerjaya sebagai seorang professional ‘gamers’. Stereotaip gender seperti wanita tidak pandai bermain MMOPGRs, komen berbau seksis serta lucah juga pernah diterima, tiada komunikasi yang baik antara pemain lelaki dan wanita dan tanggapan bahawa wanita tidak sesuai bermain permainan tersebut kerana kebanyakan permainan berganda ini bersifat ekstrem, agresif dan maskulin. Ciri-ciri permainan tersebut lebih signifikan kepada lelaki berbanding dengan wanita yang seringkali dikaitkan dengan sifat feminin. Secara tidak langsung, tanggapan seperti itu sedikit sebanyak menyekat peluang wanita untuk bergerak lebih aktif dan maju di dalam e-sukan berbanding lelaki. Kata kunci: Wanita, e-sukan, sosialisasi, gender, stereotaip gender, sosiologi.

Publisher

Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM Press)

Subject

Communication

Cited by 2 articles. 订阅此论文施引文献 订阅此论文施引文献,注册后可以免费订阅5篇论文的施引文献,订阅后可以查看论文全部施引文献

同舟云学术

1.学者识别学者识别

2.学术分析学术分析

3.人才评估人才评估

"同舟云学术"是以全球学者为主线,采集、加工和组织学术论文而形成的新型学术文献查询和分析系统,可以对全球学者进行文献检索和人才价值评估。用户可以通过关注某些学科领域的顶尖人物而持续追踪该领域的学科进展和研究前沿。经过近期的数据扩容,当前同舟云学术共收录了国内外主流学术期刊6万余种,收集的期刊论文及会议论文总量共计约1.5亿篇,并以每天添加12000余篇中外论文的速度递增。我们也可以为用户提供个性化、定制化的学者数据。欢迎来电咨询!咨询电话:010-8811{复制后删除}0370

www.globalauthorid.com

TOP

Copyright © 2019-2024 北京同舟云网络信息技术有限公司
京公网安备11010802033243号  京ICP备18003416号-3