Affiliation:
1. Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia, Malaysia
2. Pusat Pengajian Komunikasi, Universiti Sains Malaysia, Malaysia
Abstract
Tujuan – Kajian literatur mendapati bahawa elemen komunikasi amat penting bagi menjayakan proses pengajaran berpasukan dan pelbagai strategi komunikasi yang dipraktikkan oleh guru-guru ketika melaksanakan pengajaran berpasukan secara bersemuka di dalam bilik darjah. Namun begitu, belum terdapat perbincangan yang mendalam tentang strategi komunikasi pengajaran berpasukan secara maya, khususnya yang dilaksanakan secara penstriman langsung di YouTube. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti dan menganalisis tema strategi pengajaran berpasukan secara maya dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) bahasa oleh guru sekolah rendah (SR), sekolah menengah rendah (SMR) dan sekolah menengah atas (SMA), khususnya ketika mengendalikan PdP Bahasa Melayu. Kajian ini juga akan menjelaskan pola penggunaan strategi pengajaran berpasukan secara maya dalam PdP bahasa oleh guru SR, SMR dan SMA berpandukan tema dan subtema yang telah dikenal pasti. Metodologi – Kajian kualitatif ini berbentuk kaedah tidak menonjol menggunakan teknik persampelan mudah. Sampel kajian ialah tiga video YouTube pengajaran berpasukan secara maya bagi mata pelajaran Bahasa Melayu yang mewakili SR, SMR dan SMA. Pemilihan tiga video YouTube tersebut dibuat berpandukan lima garis panduan penyediaan, penilaian dan pemerhatian pembelajaran bahasa di YouTube yang diperkenalkan oleh Alhamami. Perisian ATLAS.ti digunakan bagi membuat pemerhatian mudah dan analisis tematik. Proses analisis dilakukan melalui enam fasa, iaitu membiasakan dengan data, menjana kod awal, mencari tema, menyemak tema, menentukan dan menamakan tema, serta menyediakan laporan. Dapatan – Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat tujuh tema strategi pengajaran berpasukan secara maya yang dipraktikkan oleh guru-guru, iaitu strategi membuat teguran, strategi memohon dan memberikan bantuan, strategi menarik perhatian pelajar, strategi mengawal situasi, strategi menyatakan penghargaan, strategi pengayaan maklumat dan strategi rendah hati. Signifikan – Melalui kajian ini, guru-guru dapat memantapkan pengajaran berpasukan secara maya yang akan dilakukan oleh mereka pada pasca-Covid-19 nanti dengan mengaplikasikan ketujuh-tujuh tema strategi komunikasi tersebut. ABSTRACT Purpose – The literature study found that the communication element is crucial for the success of the team teaching process and various communication strategies practised by teachers when implementing face-to-face team teaching in the classroom. However, there has not been in-depth discussions on virtual team teaching communication strategies, particularly those implemented via live streaming on YouTube. Accordingly, this study identified and analysed themes of virtual team teaching strategies in language teaching and learning (TnL) by language teachers at primary schools (PS), lower secondary schools (LSS) and upper secondary schools (USS). This study will also explain the pattern of use of virtual team teaching strategies in language TnL by PS, LSS and USS teachers based on identified themes and subthemes. Methodology – This qualitative study adopted an unobtrusive method using purposive sampling technique. The sample consisted of three YouTube videos on virtual team teaching for the subject, Bahasa Melayu that represented PS, LSS and USS. The selection of the three YouTube videos was made based on five guidelines for the preparation, evaluation, and observation of language learning on YouTube introduced by Alhamami (2013). ATLAS.ti software was used to perform simple observations and thematic analysis. The analysis process was conducted in six phases, namely familiarizing with the data, generating initial codes, finding themes, reviewing themes, determining and naming themes, and preparing reports. Findings – The results identified seven themes of virtual team teaching strategies practised by teachers, namely reprimand strategy, request and provide assistance strategy, attract student attention strategy, situation control strategy, showing appreciation strategy, information enrichment strategy and humility strategy. Significance –Teachers can strengthen virtual team teaching through this study by applying the seven themes in communication strategies which will be conducted during post Covid-19.
Publisher
UUM Press, Universiti Utara Malaysia
Subject
Education,Developmental and Educational Psychology,Cultural Studies