Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen Mediasi Pengasuhan dan Gaya Keibubapaan Terhadap Pengasuhan Digital

Author:

Awang Yusof Dayangku Egawaty, ,Chang Peng Kee,Mohamad Salleh Mohd Azul,Rachel Chan Suet Kay, , ,

Abstract

Artikel ini membincangkan mengenai kesahan dan kebolehpercayaan instrumen untuk tujuan penilaian soal selidik kajian. Kesemua item dibina berdasarkan teori dan tinjauan literatur yang telah diperolehi dari dalam dan luar negara. Hasil kajian ini telah menghasilkan tujuh dimensi penting dalam melaksanakan pengasuhan digital ke atas perkembangan kanak-kanak menerusi dimensi mediasi aktif, mediasi sekatan, penggunaan bersama, membimbing, autoritarian, autoritatif dan permisif. Seramai tiga orang pakar telah terlibat sebagai penilai kesahan luaran, kesahan muka, dan kesahan kandungan. Hasil kebolehpercayaan instrumen kajian ini diukur dengan menggunakan kaedah ketekalan dalaman Cronbach’s Alpha yang berada antara 0.7 dan 0.9. Manakala, kaedah pengukuran kuantitatif menerusi analisis awal dilakukan dengan menggunakan ujian Kaiser-Mayer Olkin (KMO) dan Bartlett’s Test of Sphericity bagi menilai item-item tersebut sama ada perlu dikekalkan atau digugurkan. Pendekatan ini membenarkan penyingkiran item yang tidak mengikut syarat diagnosis yang telah dilakukan. Hasil analisis terakhir menunjukkan bahawa sebanyak 8 daripada 70 item telah digugurkan dan item selebihnya iaitu 62 item dikenal pasti sesuai untuk digunakan bagi mengukur dua konstruk iaitu mediasi pengasuhan dan gaya keibubapaan terhadap pengasuhan digital. Kajian rintis pula telah dilaksanakan terhadap 38 orang responden. Mereka terdiri daripada ibu bapa yang mempunyai anak seawal usia enam bulan hingga lima tahun di Taska dan Tadika Al-Fateh Sinar Genius, Putrajaya. Hasil kajian mendapati bahawa kesemua item yang dibina telah memenuhi ciri-ciri pengukuran sesebuah instrumen dan boleh digunakan sebagai alat untuk mengukur dalam pelaksanaan mediasi pengasuhan dan gaya keibubapaan terhadap pengasuhan digital ke atas perkembangan kanak-kanak. Kata kunci: Kesahan dan kebolehpercayaan, instrumen, pengasuhan digital, mediasi pengasuhan, gaya keibubapaan.

Publisher

Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM Press)

Subject

Communication

Cited by 1 articles. 订阅此论文施引文献 订阅此论文施引文献,注册后可以免费订阅5篇论文的施引文献,订阅后可以查看论文全部施引文献

1. Penyertaan dalam Komuniti Filem: Sebuah Nota Penyelidikan;Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication;2023-03-31

同舟云学术

1.学者识别学者识别

2.学术分析学术分析

3.人才评估人才评估

"同舟云学术"是以全球学者为主线,采集、加工和组织学术论文而形成的新型学术文献查询和分析系统,可以对全球学者进行文献检索和人才价值评估。用户可以通过关注某些学科领域的顶尖人物而持续追踪该领域的学科进展和研究前沿。经过近期的数据扩容,当前同舟云学术共收录了国内外主流学术期刊6万余种,收集的期刊论文及会议论文总量共计约1.5亿篇,并以每天添加12000余篇中外论文的速度递增。我们也可以为用户提供个性化、定制化的学者数据。欢迎来电咨询!咨询电话:010-8811{复制后删除}0370

www.globalauthorid.com

TOP

Copyright © 2019-2024 北京同舟云网络信息技术有限公司
京公网安备11010802033243号  京ICP备18003416号-3