Penyertaan dalam Komuniti Filem: Sebuah Nota Penyelidikan

Author:

SELVARAJ MADHUMITA, ,ABU HASSAN BADRUL REDZUAN,ABDUL LATIF ROSLINA, ,

Abstract

Konsep komuniti filem, berbanding kelab atau persatuan filem, merupakan istilah terbaru yang kini makin disantuni oleh penonton, peminat, pengkritik, pengkarya dan penguasa elit industri seni dan kebudayaan. Kesenjangan antara mereka yang mengetahui dan menyantuni komuniti filem, dan mereka di lingkaran sebuah komuniti filem yang tidak mengetahui atau menyedari sebesar apakah ruang atau kekangan itu? Tujuan utama penyelidikan ini ialah meninjau persepsi warga Wilayah Persekutuan dan Selangor terhadap konsep, program dan ekosistem komuniti filem. Penyelidikan ini telah menggunakan Teori Pilihan Rasional sebagai kerangka tindakan sosial yang berasaskan tiga konstruk: individualisme, struktur dan kerasionalan, yang mampu menjana ekosistem komuniti filem yang kondusif. Kerangka ini diterapkan ke atas sejumlah responden berstrata (n=875) berdasarkan umur, etnisiti, gender dan pendidikan. Analisis regresi berganda telah dilakukan untuk melihat sumbangan beberapa variabel terutamanya individualisme dan struktur komuniti filem terhadap ekosistem industri filem yang rasional secara amnya. Keputusan menunjukkan bahawa individualisme dan struktur komuniti filem mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap ekosistem yang rasional dalam komuniti filem. Hal ini menunjukkan bahawa individualisme dan struktur program yang positif mampu menyelaras dan menambah fungsionalisme komuniti filem sebagai ekosistem seni dan kebudayaan perfileman yang independen demi memberikan nilai tambah besar kepada penonton, peminat, pengkritik dan pengkarya serta komuniti setempat. Kata kunci: Ekosistem komuniti filem, komuniti setempat, Teori Pilihan Rasional, tindakan sosial, sinefilia.

Publisher

Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM Press)

Subject

Communication

Cited by 1 articles. 订阅此论文施引文献 订阅此论文施引文献,注册后可以免费订阅5篇论文的施引文献,订阅后可以查看论文全部施引文献

同舟云学术

1.学者识别学者识别

2.学术分析学术分析

3.人才评估人才评估

"同舟云学术"是以全球学者为主线,采集、加工和组织学术论文而形成的新型学术文献查询和分析系统,可以对全球学者进行文献检索和人才价值评估。用户可以通过关注某些学科领域的顶尖人物而持续追踪该领域的学科进展和研究前沿。经过近期的数据扩容,当前同舟云学术共收录了国内外主流学术期刊6万余种,收集的期刊论文及会议论文总量共计约1.5亿篇,并以每天添加12000余篇中外论文的速度递增。我们也可以为用户提供个性化、定制化的学者数据。欢迎来电咨询!咨询电话:010-8811{复制后删除}0370

www.globalauthorid.com

TOP

Copyright © 2019-2024 北京同舟云网络信息技术有限公司
京公网安备11010802033243号  京ICP备18003416号-3