Author:
Isa Norhelaliah,Sofian-Seng Noor-Soffalina,Wan Mustapha Wan Aida
Abstract
Buah mangga boleh dimakan segar atau diproses menjadi jus dan jeruk tetapi hanya isi digunakan dan bijinya dibuang. Kajian terdahulu mendapati bahawa biji mangga mempunyai lemak seperti lemak koko. Objektif kajian ini adalah untuk menentukan komposisi pemakanan dalam sisa biji jeruk mangga (SBJr) dan sisa biji jus mangga (SBJs); jumlah lemak antara SBJr dan SBJs melalui pengekstrakan bendalir lampau-genting (SFE); serta komposisi asid lemak dan takat lebur gelincir (SMP) terhadap lemak koko komersil (LK). Analisis proksimat menunjukkan bahawa SBJr dan SBJs mengandungi karbohidrat, lemak, protein, abu dan kelembapan. Pengekstrakan lemak SBJr dan SBJs menggunakan SFE (suhu 72 °C; tekanan 42.4 Mpa; 60 min; 4 mLmin-1 CO₂) menunjukkan lemak SBJr lebih tinggi(p<0.05) (6.4%) berbanding SBJs (3.37%). Lima jenis asid lemak ditemui dalam SBJr, SBJs dan LK iaitu asid palmitik, stearik, oleik, linoleik dan linolenik dengan kandungan (%) yang berbeza(p<0.05) bagi semua sampel. SMP bagi lemak SBJr (34.2 °C) lebih tinggi (p<0.5) diikuti oleh SBJs (32.17 °C) dan LK (30.27 °C). Walaupun ciri-ciri kimia lemak SBJr dan SBJs berbeza dengan LK, tetapi kedua-duanya berpotensi sebagai pengganti LK yang lebih baik kerana mengandungi asid lemak tak tepu yang lebih tinggi(p<0.05) dan asid lemak tepu yang lebih rendah(p<0.05) daripada LK. Penggunaan SBJr lebih praktikal kerana kandungan lemaknya tinggi dan SMP lemak ini sesuai dengan keadaan cuaca tropika.
Publisher
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM Press)
Cited by
1 articles.
订阅此论文施引文献
订阅此论文施引文献,注册后可以免费订阅5篇论文的施引文献,订阅后可以查看论文全部施引文献