Pengoptimuman Pengekstrakan Lemak Biji Mangga (Mangifera indica L.) Jeruk menggunakan Kaedah Respons Permukaan dan Analisis Lipid
-
Published:2021-08-31
Issue:8
Volume:51
Page:2713-2724
-
ISSN:0126-6039
-
Container-title:Sains Malaysiana
-
language:
-
Short-container-title:JSM
Author:
Isa Norhelaliah,Sofian Seng Noor-Soffalina,Wan Mustapha Wan Aida,Markom Masturah,Mohd Azhari Nur Afiqah
Abstract
Sisa biji jeruk mangga (PMS) daripada industri jeruk mangga boleh meningkatkan kos pengeluaran dan pencemaran alam sekitar. Kajian terdahulu mendapati lemak biji mangga boleh dijadikan punca alternatif lemak koko (CBA) dalam penghasilan coklat. Oleh itu, penyelidikan ini dijalankan bagi mengetahui hasil ekstrak optimum lemak biji jeruk mangga (MPB) melalui tiga kaedah pengekstrakan iaitu maserasi, Soxhlet dan pengekstrakan bendalir lampau genting-karbon dioksida (SFE-CO2) dengan menggunakan kaedah respons permukaan-reka bentuk komposit berpusat (RSM-CCD). Keputusan parameter optimum adalah seperti berikut; maserasi (262 min, 100 mL heksana dengan 4.40% hasil); Soxhlet (300 min, 150 mL heksana dengan 7.87% hasil) dan SFE-CO2 (297 bar, 64 °C dengan 6.66% hasil). MPB yang diekstrak daripada semua kaedah dibandingkan dengan lemak koko komersial (CCB). MPB mengandungi asid lemak perlu (EFA) dan omega-3 yang tinggi serta lemak tepu yang rendah berbanding CCB. MPB ekstrak daripada SFE-CO2 mempunyai asid lemak dan profil pencairan yang hampir sama dengan CCB. SFE-CO2 juga mengekstrak lebih banyak EFA dan omega-3 (p<0.05) daripada maserasi dan Soxhlet. Oleh itu, MPB ekstrak daripada SFE-CO2 berpotensi sebagai punca CBA yang terbaik dalam penghasilan coklat.
Publisher
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM Press)
Subject
Multidisciplinary
Cited by
1 articles.
订阅此论文施引文献
订阅此论文施引文献,注册后可以免费订阅5篇论文的施引文献,订阅后可以查看论文全部施引文献