Validasi Kaedah Kromatografi Cecair Berprestasi Tinggi (HPLC) Jenis Penukar Ion dan Perbandingannya terhadap HPLC Jenis Fasa Berbalik bagi Penentuan Jumlah Homosisteina

Author:

Omar Affandi,Abdul Kadir Siti Rozilah,Abdul Rahman Salina,Amin Nordin Fatimah Diana,Kamarudin Balqis,Muhamad Nur Jannaim,Mohamed Rosnani,Rozali Nurul Adibah,Khalid Norzahidah,Ahmad Nazri Muhd Irfan Bukhari,Abdul Jalil Julaina

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk menilai kemampuan kaedah penentuan jumlah homosisteina dalam plasma dengan menggunakan kromatografi cecair berprestasi tinggi jenis penukar ion (HPLC-IEC) dan membandingkan kaedah ini dengan kit komersil yang menggunakan kromatografi cecair berprestasi tinggi jenis fasa berbalik (HPLC-RPC). Validasi kaedah bagi penentuan jumlah homosisteina menggunakan HPLC-IEC telah dilakukan mengikut panduan yang dikeluarkan oleh Jabatan Standard Malaysia. Sebanyak 57 sampel daripada pesakit yang dihantar untuk penentuan jumlah homosisteina telah diuji secara serentak untuk menentukan korelasi antara kedua kaedah tersebut. Hasil kajian ini mendapati bahawa validasi kaedah ini telah memenuhi keperluan ISO MS 15189 dan kelinearan sehingga 500 µM dengan pekali penentuan, r2 ialah 0.999. Kepersisan yang dikaji pada aras normal (10 µM) dan aras berpenyakit/abnormal (60 µM) bagi kebolehulangan adalah masing-masing 3.2% dan 3.8% manakala bagi kebolehasilan semula masing-masing adalah 8.0% dan 8.3%. Had pengesanan dan had pengiraan yang diperoleh adalah 0.9274 dan 3.0912 µM. Keputusan ketepatan bagi kembalian semula adalah 92% dan bias adalah -8.6%. Perbandingan kaedah yang telah divalidasi dengan kit komersil menunjukkan hubungan korelasi yang kuat antara kedua-dua kaedah ini (y = 0.721x + 4.034; r = 0.978; p<0.05). Oleh yang demikian, kaedah penentuan jumlah homosisteina menggunakan HPLC-IEC menunjukkan kepersisan yang memuaskan dan korelasi yang kuat setara dengan kit komersil yang dianalisis menggunakan HPLC-RPC. Kaedah ini lebih menjimatkan kos reagen dan mampu menganalisis lebih banyak sampel jika dibandingkan dengan kit komersil. Ini sekaligus dapat membantu dalam diagnosis bagi penyakit kepincangan metabolisme terwaris (IEM) terutama dalam metabolisme homosisteina dengan tepat.

Publisher

Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM Press)

Subject

Multidisciplinary

Cited by 1 articles. 订阅此论文施引文献 订阅此论文施引文献,注册后可以免费订阅5篇论文的施引文献,订阅后可以查看论文全部施引文献

同舟云学术

1.学者识别学者识别

2.学术分析学术分析

3.人才评估人才评估

"同舟云学术"是以全球学者为主线,采集、加工和组织学术论文而形成的新型学术文献查询和分析系统,可以对全球学者进行文献检索和人才价值评估。用户可以通过关注某些学科领域的顶尖人物而持续追踪该领域的学科进展和研究前沿。经过近期的数据扩容,当前同舟云学术共收录了国内外主流学术期刊6万余种,收集的期刊论文及会议论文总量共计约1.5亿篇,并以每天添加12000余篇中外论文的速度递增。我们也可以为用户提供个性化、定制化的学者数据。欢迎来电咨询!咨询电话:010-8811{复制后删除}0370

www.globalauthorid.com

TOP

Copyright © 2019-2024 北京同舟云网络信息技术有限公司
京公网安备11010802033243号  京ICP备18003416号-3