Kesan Rawatan Termomekanik dengan Mampatan Tunggal terhadap Mikrostruktur dan Sifat Mikromekanik Aloi Pateri Sn-0.7Cu

Author:

Mohd Yusoff Fateh Amera,Abu Bakar Maria,Jalar Azman

Abstract

Aloi pateri bebas plumbum telah digunakan secara meluas sebagai bahan antarasambungan bagi peranti elektronik yang memberikan sambungan elektrik bagi kebolehfungsian dan sokongan mekanik bagi integriti struktur. Rawatan termomekanik merupakan proses metalurgi yang melibatkan gabungan rawatan terma dan pembebanan mekanik. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan rawatan termomekanik dengan mampatan tunggal ke atas perubahan mikrostruktur dan sifat mikromekanik aloi pateri Sn-0.7Cu. Aloi pateri Sn-0.7Cu berbentuk bar dipotong kepada lapan sampel berbentuk kiub dengan ukuran 6 mm (p) × 6 mm (l) × 10 mm (t). Empat sampel yang pertama menjalani rawatan haba pada suhu 30 ℃, 60 ℃, 90 ℃ dan 120 ℃ selama 20 minit, diikuti dengan proses mampatan tunggal sebanyak 20% dan pelindapan di dalam medium air. Empat sampel yang berikutnya hanya didedahkan pada rawatan haba sahaja, diikuti pelindapan di dalam medium air digunakan sebagai sampel kawalan. Cerapan mikrostruktur menunjukkan butiran yang kecil dan seragam aloi pateri Sn-0.7Cu terbentuk dengan rawatan termomekanik mampatan tunggal pada suhu 120 °C akibat daripada penghabluran semula butiran. Keputusan kekerasan bagi aloi pateri Sn-0.7Cu selepas rawatan termomekanik mampatan tunggal pada suhu 120 °C telah menunjukkan perubahan yang sedikit iaitu sebanyak 19% berbanding sampel rawatan haba sebanyak 64%. Keputusan modulus terkurang juga menunjukkan tren yang sama iaitu perubahan yang lebih rendah bagi sampel dengan rawatan termomekanik mampatan tunggal pada suhu 120 °C sebanyak 52% manakala sampel rawatan haba sebanyak 69%. Penemuan kajian ini menunjukkan bahawa kesan suhu dalam rawatan termomekanik mampatan tunggal berupaya untuk mengubah suai mikrostruktur dan memberikan kestabilan sifat mikromekanik aloi pateri Sn-0.7Cu berbanding dengan rawatan haba.

Publisher

Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM Press)

Subject

Multidisciplinary

Cited by 2 articles. 订阅此论文施引文献 订阅此论文施引文献,注册后可以免费订阅5篇论文的施引文献,订阅后可以查看论文全部施引文献

同舟云学术

1.学者识别学者识别

2.学术分析学术分析

3.人才评估人才评估

"同舟云学术"是以全球学者为主线,采集、加工和组织学术论文而形成的新型学术文献查询和分析系统,可以对全球学者进行文献检索和人才价值评估。用户可以通过关注某些学科领域的顶尖人物而持续追踪该领域的学科进展和研究前沿。经过近期的数据扩容,当前同舟云学术共收录了国内外主流学术期刊6万余种,收集的期刊论文及会议论文总量共计约1.5亿篇,并以每天添加12000余篇中外论文的速度递增。我们也可以为用户提供个性化、定制化的学者数据。欢迎来电咨询!咨询电话:010-8811{复制后删除}0370

www.globalauthorid.com

TOP

Copyright © 2019-2024 北京同舟云网络信息技术有限公司
京公网安备11010802033243号  京ICP备18003416号-3