Atenuasi Ultrasonik dan Modulus Ricih pada Suhu Genting Superkonduktor Terdop Sederhana (Tl0.8Bi0.2)Sr2(Ca0.9Cr0.1)Cu2O7

Author:

Abd-Shukor R.,Tan L.K.,Nik-Jaafar Nor Azah,Mohd Nasir M.N.

Abstract

Modulus ricih dan atenuasi ultrasonik superkonduktor suhu tinggi terdop sederhana (Tl0.8Bi0.2)Sr2(Ca0.9Cr0.1)Cu2O7 (Tl-1212) dengan suhu genting (Tc ) 98 K telah dikaji. Modulus ricih, G meningkat apabila suhu diturunkan daripada 240 K ke 80 K yang menunjukkan pengerasan kekisi. Walau bagaimanapun, pada suhu antara 160 K hingga 190 K modulus ricih menunjukkan anomali menandakan kecenderungan untuk kekisi melembut. Berhampiran suhu genting modulus ricih menunjukkan pelembutan kekisi iaitu ketakselanjaran pada cerun (dG/dT) dan ini sejajar dengan ciri peralihan fasa termodinamik tertib ke dua. Peratus perubahan modulus ricih antara 240 K dan 80 K ialah 5.5%. Atenuasi ultrasonik menunjukkan penurunan mendadak daripada 240 K ke 210 K diikuti dengan profil yang hampir mendatar sehingga 140 K. Puncak atenuasi dicerap berhampiran suhu genting dan ini menunjukkan penyerapan tenaga akustik meningkat apabila bahan memasuki fasa mensuperkonduksi. Anomali modulus ricih dan atenuasi ultrasonik ini dijelaskan melalui peralihan fasa tertib kedua dan tertiban oksigen jarak dekat dalam satah Cu-O unit sel bahan superkonduktor ini.

Publisher

Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM Press)

Subject

Multidisciplinary

Cited by 1 articles. 订阅此论文施引文献 订阅此论文施引文献,注册后可以免费订阅5篇论文的施引文献,订阅后可以查看论文全部施引文献

同舟云学术

1.学者识别学者识别

2.学术分析学术分析

3.人才评估人才评估

"同舟云学术"是以全球学者为主线,采集、加工和组织学术论文而形成的新型学术文献查询和分析系统,可以对全球学者进行文献检索和人才价值评估。用户可以通过关注某些学科领域的顶尖人物而持续追踪该领域的学科进展和研究前沿。经过近期的数据扩容,当前同舟云学术共收录了国内外主流学术期刊6万余种,收集的期刊论文及会议论文总量共计约1.5亿篇,并以每天添加12000余篇中外论文的速度递增。我们也可以为用户提供个性化、定制化的学者数据。欢迎来电咨询!咨询电话:010-8811{复制后删除}0370

www.globalauthorid.com

TOP

Copyright © 2019-2024 北京同舟云网络信息技术有限公司
京公网安备11010802033243号  京ICP备18003416号-3