Anomali Halaju Bunyi Ricih dan Atenuasi Ultrasonik dalam TmBa2Cu3O7−δ (δ = 0.06 dan 0.6)

Author:

Abd-Shukor R.,Lee B. B.,Muhammad-Najib K.,Nik-Jaafar Nor Azah,Mohd Nasir Mohd Narizee

Abstract

Halaju bunyi, dan atenuasi ultrasonik, a gelombang ricih dalam TmBa2Cu3O6.94 yang mensuperkonduksi dan TmBa2Cu3O6.40 yang tidak mensuperkonduksi telah diukur daripada 80 dan 200 K pada julat frekuensi MHz. Sampel superkonduktor TmBa2Cu3O6.94 menunjukkan histeresis terma dan peningkatan halaju ricih, sebanyak 2.5% apabila suhu diturunkan daripada 200 K hingga 80 K. Sampel TmBa2Cu3O6.40 yang bukan superkonduktor pula menunjukkan peningkatan = 1.5% apabila suhu diturunkan dalam julat suhu yang sama. Tiada histerisis yang ketara dicerap dalam sampel TmBa2Cu3O6.40 yang bukan superkonduktor. Superkonduktor TmBa2Cu3O6.94 menunjukkan halaju bunyi ricih meningkat dengan ketara berhampiran suhu genting mula (Tc-mula = 93 K) semasa penyejukan tetapi tidak semasa pemanasan. Sampel superkonduktor TmBa2Cu3O6.94 juga menunjukkan puncak atenuasi berhampiran suhu genting. Di samping itu wujud puncak atenuasi yang lebar pada 140 K semasa suhu menaik dan 160 K semasa suhu menurun bagi sampel TmBa2Cu3O6.94 yang mensuperkonduksi. Anomali ultrasonik dalam superkonduktor TmBa2Cu3O6.94 diterangkan menggunakan kandungan oksigen dan tertiban oksigen dalam satah dan rantai kuprum oksida.

Publisher

Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM Press)

Subject

Multidisciplinary

同舟云学术

1.学者识别学者识别

2.学术分析学术分析

3.人才评估人才评估

"同舟云学术"是以全球学者为主线,采集、加工和组织学术论文而形成的新型学术文献查询和分析系统,可以对全球学者进行文献检索和人才价值评估。用户可以通过关注某些学科领域的顶尖人物而持续追踪该领域的学科进展和研究前沿。经过近期的数据扩容,当前同舟云学术共收录了国内外主流学术期刊6万余种,收集的期刊论文及会议论文总量共计约1.5亿篇,并以每天添加12000余篇中外论文的速度递增。我们也可以为用户提供个性化、定制化的学者数据。欢迎来电咨询!咨询电话:010-8811{复制后删除}0370

www.globalauthorid.com

TOP

Copyright © 2019-2024 北京同舟云网络信息技术有限公司
京公网安备11010802033243号  京ICP备18003416号-3