Memugar Maklumat Teks Kata Halal daripada Perspektif Naturally Occurring Data (Nod)

Author:

Isam Hishamudin1,Abd Mutalib Mashetoh1,Md. Ali Rohaya1

Affiliation:

1. Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah, Kolej Sastera dan Sains, Universiti Utara Malaysia

Abstract

Kajian ini bertujuan meneliti semula pendeskripsian makna kata halalyang terdapat dalam Kamus Dewan (2016). Kata yang berasal daripada kalimah Arab halla, yahillu, hillan, wahalalan, telah dideskripsikan dengan empat makna dalam bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, maklumat yang terkandung dalam pendeskripsian makna yang dibuat adalah terhad dan boleh menimbulkan unsur taksa. Kajian bersandarkan “data semula jadi” yang digagaskan dalam analisis “linguistik dalam dunia sebenar” ini secara spesifik membincangkan maklumat teks bagi kata halal untuk makna 2. berbentuk kiasan (yang diperdapat, diperoleh, diperbuat. Sebanyak 31 349 kata halal yang diselusuri daripada pangkalan data DBP, DBP-UKM dan WebCorp telah dianalisis dengan menggunakan teori prosodi semantik. Teori yang menekankan unsur consistent aura ini berjaya menyerlahkan maklumat teks bagi makna 2. berbentuk kiasan (yang diperdapat, diperoleh, diperbuat, makna sumber yang boleh dikategorikan kepada empat submakna, iaitu bahan, aktiviti, rezeki dan hak/pemilikan. Penyerlahan maklumat teks ini membuktikan bahawa analisis bahasa berasaskan data semula jadi mampu menawarkan penjelasan makna bagi sesuatu kata yang mengalami masalah ketaksaan, sehingga makna kata tersebut dapat difahami dengan lebih jelas.

Publisher

Dewan Bahasa dan Pustaka

Subject

General Medicine

Reference68 articles.

1. Abdul Aziz Dahlan. (1997). Ensiklopedia hukum Islam, Jil. 2. Jakarta: PT Ichtiar Baru Van Hoeve.

2. Abdul Basit Samat@Darawi, & Sahilah Mohd Rodzi. (2010). Persepsi pelajar fakulti pendidikan terhadap makanan berlogo halal. Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository. http://eprints.utm.my/10689/

3. Abdul Raufu Ambali & Ahmad Naqiyuddin Bakar. (2013). Ḥalāl food and products in Malaysia: people's awareness and policy implications. Journal of Intellectual Discourse, 21(1), 7-32.

4. Aiedah Abdul Khalek, & Sharifah Hayaati Syed Ismail. (2015). A conceptual framework on the factors influencing halal consumption: An exploratory study among muslim consumers in Malaysia. Online Journal Research in Islamic Studies, 2(3), 1-12.

5. Ainon Mohd., & Abdullah Hassan. (2008). Teori dan teknik terjemahan. Kuala Lumpur: PTS Profesional Pub.

同舟云学术

1.学者识别学者识别

2.学术分析学术分析

3.人才评估人才评估

"同舟云学术"是以全球学者为主线,采集、加工和组织学术论文而形成的新型学术文献查询和分析系统,可以对全球学者进行文献检索和人才价值评估。用户可以通过关注某些学科领域的顶尖人物而持续追踪该领域的学科进展和研究前沿。经过近期的数据扩容,当前同舟云学术共收录了国内外主流学术期刊6万余种,收集的期刊论文及会议论文总量共计约1.5亿篇,并以每天添加12000余篇中外论文的速度递增。我们也可以为用户提供个性化、定制化的学者数据。欢迎来电咨询!咨询电话:010-8811{复制后删除}0370

www.globalauthorid.com

TOP

Copyright © 2019-2024 北京同舟云网络信息技术有限公司
京公网安备11010802033243号  京ICP备18003416号-3