KEBERKESANAN KAEDAH VISUALISASI: MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENYELESAIKAN MASALAH MATEMATIK BERAYAT

Author:

Lasiun Maslinah

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menentukan keberkesanan kaedah visualisasi dalam meningkatkan keupayaan menyelesaikan masalah matematik berayat di sebuah sekolah luar Bandar, Sabah. Kaedah visualisasi ini memberi fokus kepada fasa memahami masalah, yang akan membantu pelajar merancang dan seterusnya melaksanakan strategi penyelesaian masalah. Kajian ini merupakan kajian tindakan. Persampelan secara bertujuan telah dilakukan untuk memilih responden kajian iaitu terdiri daripada 12 orang pelajar tingkatan dua yang berbeza tahap kognitif(rendah, sederhana dan tinggi). Data diperoleh melalui ujian pra dan ujian pasca menyelesaikan masalah matematik berayat serta melalui pemerhatian kepada jenis gambaranvisualisasi yang dibuat oleh pelajar. Sebagai data sokongan, analisis dokumen turut dilakukan. Dapatan kajian yang dianalisis secara triangulasi data menunjukkan bahawa pelajar yang mempunyai tahap kognitif yang tinggi melaksanakan kaedah visualisasi secara skematik, manakala pelajar yang mempunyai tahap kognitif sederhana dan rendah pula cenderung kepada kaedah visualisasi piktorial. Walaupun jenis perwakilan visualisasi yang digunakan pelajar adalah berbeza, namun keupayaan menyelesaikan masalah dalam kalangan pelajar meningkat. Secara kesimpulannya, situasi ini menunjukkan bahawa kaedah visualisasi membantu meningkatkan keupayaan menyelesaikan masalah matematik berayat dalam kalangan pelajar pelbagai tahap kognitif tingkatan dua di kawasan luar bandar.

Funder

Universiti Kebangsaan Malaysia

Publisher

Universitas Muhammadiyah Sidoarjo

Subject

General Earth and Planetary Sciences,General Environmental Science

Reference54 articles.

1. Abu Bakar Nordin. (2013). Kurikulum ke arah penghasilan kemahiran berfikir kritis, kratif dan inovatif. Jurnal Kurikulum dan Pengajaran Asia Pasifik, 1(1), 10-18

2. Agus Suharto. (2012). Memahami teori psikologi kognitife Piaget: Hubungannya dengan perkembangan anak dalam belajar. Jurnal Edukasi, 7(1), 19-38

3. Arikan, E.E. (2016). Prospective teachers’ belief about problem solvinf in multiple ways. Universal Journal of Educational Research, 4(7), 1727-1733

4. Arslan, C. & Altun, M. (2007). Learning to solve non-routine mathematical problems. Elementary Education Online. 6(1), 50-61.

5. Bal, A. P. (2014). The Examination of Representations Used by Classroom Teacher Candidates in Solving Mathematical Problems. Educational Sciences: Theory and Practice, 14(6), 2349-2365.

Cited by 2 articles. 订阅此论文施引文献 订阅此论文施引文献,注册后可以免费订阅5篇论文的施引文献,订阅后可以查看论文全部施引文献

同舟云学术

1.学者识别学者识别

2.学术分析学术分析

3.人才评估人才评估

"同舟云学术"是以全球学者为主线,采集、加工和组织学术论文而形成的新型学术文献查询和分析系统,可以对全球学者进行文献检索和人才价值评估。用户可以通过关注某些学科领域的顶尖人物而持续追踪该领域的学科进展和研究前沿。经过近期的数据扩容,当前同舟云学术共收录了国内外主流学术期刊6万余种,收集的期刊论文及会议论文总量共计约1.5亿篇,并以每天添加12000余篇中外论文的速度递增。我们也可以为用户提供个性化、定制化的学者数据。欢迎来电咨询!咨询电话:010-8811{复制后删除}0370

www.globalauthorid.com

TOP

Copyright © 2019-2024 北京同舟云网络信息技术有限公司
京公网安备11010802033243号  京ICP备18003416号-3