Author:
Mohd Yusoff Suhaili binti
Abstract
Kertas kerja ini adalah bertujuan bagi mengenalpasti tahap iklim sekolah, tahap komitmen guru, tahap komitmen guru berdasarkan pengalaman mengajar dan jantina guru serta hubungan di antara iklim sekolah dengan komitmen guru bagi guru sekolah-sekolah menengah Daerah Machang, Kelantan. Disamping itu, kertas kerja ini juga mengkaji dimensi iklim sekolah yang sangat kuat mempengaruhi tahap komitmen guru. Dimensi iklim sekolah adalah merangkumi dimensi bekerjasama, dimensi membuat keputusan, dimensi inovasi pengajaran, dimensi hubungan dengan murid dan dimensi sumber-sumber sekolah. Seramai 248 orang guru sekolah menengah terlibat sebagai sampel kajian berdasarkan jumlah populasi iaitu seramai 678 orang guru. Sebanyak 7 buah sekolah diambil sebagai sampel kajian dan sampel kajian dipilih secara rawak. Data dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 20.0 untuk analisis deskriptif. Kajian ini mendapati bahawa terdapat signifikan dan positif serta menunjukkan hubungan pada tahap yang sederhana di antara iklim sekolah dengan komitmen guru (r=0.506, p<0.01). Korelasi Pearson digunakan sebagai statistik inferensi pembolehubah bebas iaitu iklim sekolah dengan pembolehubah bersandar iaitu komitmen guru. Secara keseluruhannya, kajian ini menunjukkan bahawa terdapat beberapa dimensi iklim sekolah yang mempengaruhi komitmen guru seperti kerjasama (β=0.242, t=03.873), membuat keputusan (β=0.331, t=5.036) and inovasi pengajaran (β=0.300,t=4.295). Walau bagaimanapun, dimensi membuat keputusan adalah dimensi yang paling berpengaruh terhadap komitmen guru. Oleh itu, kajian ini mencadangkan bahawa sekiranya pihak pengurusan sekolah berhajat untuk meningkatkan komitmen guru, penglibatan guru dalam proses membuat keputusan perlulah di pertingkatkan.
Funder
Universiti Utara Malaysia
Publisher
Universitas Muhammadiyah Sidoarjo
Subject
General Earth and Planetary Sciences,General Environmental Science
Reference35 articles.
1. Abdul Manaf Musa. (1998).Faktor- faktor Yang Mempengaruhi Komitmen Guru Sekolah Rendah Terhadap Organisasi. Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia. Universiti Malaysia Sarawak.
2. Alimuddin Mohd Dom. (2008). Persidangan Kebangsaan Pelan Induk
3. Pembangunan Pendidikan,Ucaptama Seminar PIPP.Kementerian Malaysia: Institut Perguruan Temenggung Ibrahim.
4. Chua, Y. P. (2006). Kaedah Penyelidikan. Edisi Pertama. Malaysia: McGraw-Hill (Malaysia).
5. Clark, R. .E. (1994). “Media will never influence learning”, Educational Technology Research and Development, 42, 21-29.
Cited by
2 articles.
订阅此论文施引文献
订阅此论文施引文献,注册后可以免费订阅5篇论文的施引文献,订阅后可以查看论文全部施引文献