Affiliation:
1. Fakulti Muzik, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Selangor, Malaysia
2. Pusat GENIUS@pintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Abstract
Tujuan - Kajian lepas membuktikan bahawa pelajar-pelajar pintar cerdas memiliki tingkah laku unik yang boleh membantu meningkatkan pencapaian mereka. Kajian ini bertujuan meneroka tingkah laku unik pelajar pintar cerdas yang ditunjukkan semasa berada di rumah, proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas, dan pergaulan bersama rakan di sekolah.
Metodologi - Kajian dijalankan menerusi pendekatan kualitatif di Kolej GENIUS@Pintar Negara yang merupakan tempat pengajian pelajar pintar cerdas berbakat akademik dari seluruh Malaysia. Responden terdiri daripada lima orang ibu bapa cerdas, tiga orang pensyarah, dan enam orang pelajar pintar cerdas. Pengumpulan data melalui kaedah temu bual mendalam dan temu bual kelompok mengikut protokol temu bual.
Dapatan - Keputusan menunjukkan tingkah laku unik pelajar pintar meliputi lakuan membaca dalam masa yang lama, suka menyendiri menyiapkan tugasan, suka bertanya sehingga memperoleh jawapan yang konkrit, berhujah untuk mempertahankan jawapan, memberi fokus dalam masa yang lama, dan menyiapkan tugasan melebihi jangkaan.
Signifikan - Kajian ini menjadi panduan kepada ibu bapa, guru-guru dan masyarakat untuk memahami pelajar pintar cerdas dengan lebih dekat lagi seterusnya mengelakkan risiko peminggiran pelajar pintar cerdas. Implikasi terhadap kaedah dan strategi pengajaran guru untuk disesuaikan dengan keunikan tingkah laku pelajar pintar cerdas di sekolah. Kajian seterusnya dicadangkan untuk membincangkan langkah mengatasi tingkah laku negatif pelajar pintar cerdas, membina kurikulum khas pendidikan pintar cerdas dan penerokaan terhadap bidang pintar cerdas.
Publisher
UUM Press, Universiti Utara Malaysia
Subject
Education,General Psychology,Cultural Studies
Reference43 articles.
1. Al-Khayat, M. M., Al-Hrout, M. A., & Hyassat, M. A. (2017). Academically gifted undergraduate students: Their preferred teaching strategies. International Education Studies, 10(7), 155-161.
2. Agaliotis, I., & Kalyva, E. (2019). Motivational differences of greek gifted and non-gifted high-achieving and gifted under- achieving students. International Education Studies, 12(2), 45- 56.
3. Azizi Y., Shahrin H., Jamaludin R., Yusof B., & Abdul Rahim H. (2006). Penyelidikan menguasai dalam pendidikan: Teori analisis dan interpretasi data. PTS Professional Publ. Sdn. Bhd.
4. Braun, V., & Clarke, V. (2012). Thematic analysis. In H. Cooper, P.
5. M. Camic, D. L. Long, A. T. Panter, D. Rindskopf, & K. J. Sher (Eds.), APA handbooks in psychology®. APA handbook of research methods in psychology, Vol. 2. Research designs: Quantitative, qualitative, neuropsychological, and biological, (pp.57–71). American Psychological Association.
Cited by
6 articles.
订阅此论文施引文献
订阅此论文施引文献,注册后可以免费订阅5篇论文的施引文献,订阅后可以查看论文全部施引文献