Author:
Mohmod Rofik Nursyafieqa ‘Ifwat,Osman Maizura
Abstract
Penggunaan kata-kata kesat dalam komunikasi oleh pengguna media sosial semasa musim pilihan raya telah menjadi satu kebiasaan dalam masyarakat global pada hari ini. Fenomena ini berlaku atas dasar kebebasan bersuara dalam masyarakat. Namun begitu, sebahagian besar pengguna media sosial memilih untuk menggunakan bahasa tersirat atau implikatur untuk menyampaikan mesej tersebut berbanding bahasa literal. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti aspek ketikdaksantunan dalam penggunaan implikatur di media sosial semasa musim pilihan raya di Malaysia dan menganalisis aspek ketidaksantunan tersebut. Kajian ini menggunakan kaedah analisis kandungan dan data diperoleh melalui teknik persampelan bertujuan dan tangkap layar (screenshot) terhadap ciapan dan perkongsian di media sosial Twitter dan Facebook. Penganalisisan data dilakukan dengan mengaplikasikan kerangka konsep ad hoc dalam bidang pragmatik serta penghuraian aspek ketidaksantunan dilakukan menggunakan strategi ketidaksantunan dalam bidang sosiolinguistik. Pemerhatian terhadap kesemua data yang diperoleh menunjukkan bahawa kata-kata yang tidak santun digunakan dengan bebas dalam kalangan pengguna Twitter dan Facebook melalui implikatur semasa musim pilihan raya. Dapatan awal menunjukkan penggunaan implikatur berupaya menyampaikan mesej dengan lebih mendalam terhadap audiens. Peralihan daripada komuniti bahasa secara fizikal kepada komuniti bahasa di ruangan maya juga menjadi faktor fenomena ini berlaku. Fenomena ini menyebabkan suasana politik khususnya dan perhubungan dalam masyarakat amnya akan terjejas. Kajian ini diharapkan dapat memberikan sumbangan kepada pembangunan masyarakat agar budaya dan keunggulan bahasa Melayu dapat dipelihara seterusnya mengekalkan keharmonian dalam masyarakat.
Publisher
Universiti Putra Malaysia
Reference41 articles.
1. Alias, N. A. (2022, November 19). PAS pecah rekod di Pasir Puteh, majoriti terbesar sejak 1954. BH Online. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/11/1028403/pru15-pas-pecah-rekod-di-pasir-puteh-majoriti-terbesar-sejak-1954
2. Allcott, H., & Gentzkow, M. (2017). Social media and fake news in the 2016 election. Journal of Economic Perspectives, 31(2), 211-236. https://doi.org/10.1257/jep.31.2.211
3. Andersson, L., & Trudgill, P. (1990). Bad language. Basil Blackwell.
4. Ariffin, H. (2019, November 18). Bahasa kurang sopan ubah cara komunikasi remaja masa kini. Sinar Harian. https://www.sinarharian.com.my/article/57798/khas/pendapat/bahasa-kurang-sopan-ubah-cara-komunikasi-remaja-masa-kini
5. Arugay, A. A. (2022, April 2022). Stronger social media influence in the 2022 Philliphine elections. ISEAS Perspective. https://www.iseas.edu.sg/articles-commentaries/iseas-perspective/2022-33-stronger-social-media-influence-in-the-2022-philippine-elections-by-aries-a-arugay/