Buli Siber: Gangguan Seksual Siber Terhadap Selebriti di Laman Media Sosial Instagram

Author:

MOHD RAMLY LIYANA, ,MOHAMAD SALLEH MOHD AZUL,

Abstract

Pengguna Instagram terutamanya dalam kalangan selebriti di Malaysia berdepan dengan risiko buli siber seperti menerima mesej langsung berunsur lucah di dalam talian yang turut dikenali dengan gangguan seksual siber. Gangguan seksual siber ini merangkumi tingkah laku yang menggunakan kandungan digital di pelbagai laman media sosial yang berbeza. Kajian ini meneliti salah satu daripada aspek buli siber iaitu mesej berunsurkan gangguan seksual yang berlaku dalam kalangan selebriti di Instagram. Kajian dilaksanakan terhadap selebriti yang menerima buli siber dalam kategori gangguan seksual siber untuk melihat kesan emosi dan tindakan menangani yang telah diambil oleh selebriti terhadap pelaku buli siber tersebut. Temubual secara mendalam telah dijalankan terhadap 13 informan yang terdiri daripada selebriti lelaki dan wanita di Malaysia. Hasil kajian ini turut membuktikan bahawa kaum lelaki turut menjadi mangsa gangguan seksual siber di zaman sekarang. Kesan emosi yang telah dikenalpasti dari mangsa buli siber jenis gangguan seksual siber ini adalah merasa takut, trauma, marah, tertekan, terganggu, sakit hati dan mangsa turut merasa seperti sentiasa diperhatikan. Tindakan menangani yang sering dipraktikkan oleh selebriti adalah mengabaikan dan sekat pelaku. Namun, gangguan seksual siber ini seharusnya tidak dipandang remeh kerana ia merupakan gejala yang serius. Dapatan menunjukkan bahawa terdapat banyak kesan emosi yang dialami oleh selebriti. Justeru, selebriti menggunakan pelbagai jenis tindakan dalam satu masa untuk menangani situasi buli siber yang dialami. Implikasi kajian ini menunjukkan penggunaan satu jenis tindakan tertentu tidak menghalang penggunaan jenis tindakan yang lain oleh selebriti. Penyelidikan akan datang boleh mengkaji sama ada tindakan tersebut berkesan atau tindakan tersebut tidak berkesan. Kata kunci: Gangguan seksual siber, buli siber, Instagram, selebriti, kesan emosi.

Publisher

Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM Press)

Subject

Communication

同舟云学术

1.学者识别学者识别

2.学术分析学术分析

3.人才评估人才评估

"同舟云学术"是以全球学者为主线,采集、加工和组织学术论文而形成的新型学术文献查询和分析系统,可以对全球学者进行文献检索和人才价值评估。用户可以通过关注某些学科领域的顶尖人物而持续追踪该领域的学科进展和研究前沿。经过近期的数据扩容,当前同舟云学术共收录了国内外主流学术期刊6万余种,收集的期刊论文及会议论文总量共计约1.5亿篇,并以每天添加12000余篇中外论文的速度递增。我们也可以为用户提供个性化、定制化的学者数据。欢迎来电咨询!咨询电话:010-8811{复制后删除}0370

www.globalauthorid.com

TOP

Copyright © 2019-2024 北京同舟云网络信息技术有限公司
京公网安备11010802033243号  京ICP备18003416号-3