HIV Positif & Komunikasi: Cabaran Mengekalkan Pola Komunikasi Berkesan dalam Kalangan Penghidap Wanita
-
Published:2021-09-30
Issue:3
Volume:37
Page:134-151
-
ISSN:2289-1528
-
Container-title:Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication
-
language:
-
Short-container-title:JKMJC
Author:
Muda Mashrom, ,Omar Mardian Shah,Md Yunus Marzudi,Abu Hassan Zamre, , ,
Abstract
Cabaran bergelar seorang penghidap Human Immunodeficiency Virus (HIV) positif sukar digambarkan sama ada oleh penghidap mahupun anggota masyarakat. Jangkitan HIV positif penuh dengan label dan konotasi negatif, stigma dan diskriminasi sehingga penghidap HIV positif tidak diterima dalam masyarakat. Dalam banyak situasi, keluarga juga tidak menerima kehadiran ahli yang dijangkiti HIV positif sehingga ada yang dipulau, disisih dan dihalau. Penghidap HIV positif wanita yang dijangkiti HIV positif bukan sahaja bergelut dengan tahap kesihatan tidak menentu, tetapi ada pelbagai cabaran terpaksa dihadapi mereka seperti perubahan dalam konteks komunikasi. Komunikasi sangat penting kepada penghidap wanita sebagai sumber kekuatan diri, terutamanya daripada ahli keluarga dan anggota masyarakat. Perubahan pola komunikasi dalam kalangan penghidap HIV positif wanita ini memerlukan satu penelitian tentang sebab masalah ini berlaku dan punca yang menyukarkan mereka mengekalkan pola komunikasi berkesan. Satu kajian telah dijalankan ke atas 20 orang wanita HIV positif di sekitar Terengganu dan Kelantan menggunakan kaedah temu bual secara mendalam. Kajian mendapati bahawa, penghidap HIV positif wanita sukar mendapatkan pola komunikasi berkesan sama ada dalam lingkungan keluarga mahupun luar lingkungan keluarga. Salah satu faktor adalah penghidap itu sendiri yang memilih untuk tidak berkongsi masalah dihadapi mereka (mengelak, mengasingkan diri). Manakala faktor lain ialah anggota masyarakat yang mengelak untuk bertemu atau berhubung dengan mereka setelah status HIV positif dalam diri diketahui oleh pihak lain. Akhirnya penghidap HIV positif wanita memilih untuk berkelakuan seperti individu sihat sebagai salah satu strategi kehidupan mereka. Secara tidak langsung komunikasi mereka berlaku dengan baik kerana tiada pihak yang mengetahui status kesihatan mereka yang sebenarnya. Kata kunci: Komunikasi, cabaran, penghidap wanita, HIV positif, kesejahteraan hidup.
Publisher
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM Press)