Kaedah Adaptasi Sastera pada Filem: Satu Kajian Perbandingan antara Cerpen Amerika ‘Barn Burning’ dengan Filem Melayu “Kaki Bakar”

Author:

Hamid Mohamed Nazreen Shahul,

Abstract

“Kaki Bakar” adalah sebuah filem adaptasi sastera berasaskan sebuah cerpen Amerika, ‘Barn Burning’. Filem tersebut lakon layarnya ditulis serta diarah oleh U-Wei Haji Saari dan terbit pada tahun 1995. Di sebalik kejayaan dan juga kekuatan yang dimiliki filem ini, kajian secara ilmiah masih tidak banyak dilakukan terutamanya berkaitan adaptasi sastera. Oleh itu, objektif utama kajian ini adalah untuk menganalisis kaedah adaptasi yang digunakan pengarah filem dan penulis lakon layar dalam mentransformasi cerpen ‘Barn Burning’ kepada filem “Kaki Bakar”. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif bersifat deskriptif. Kaedah ini diaplikasikan dengan melakukan perbandingan terhadap kedua-dua karya tersebut berpandukan teori adaptasi sastera. Perbandingan ini terbahagi kepada empat bahagian, iaitu bahagian yang ditambah, bahagian yang dibuang, bahagian yang dikekalkan dan juga bahagian yang diubahsuai. Melalui perbandingan yang dilakukan, kajian mendapati bahawa U-Wei menggunakan kaedah “interweaving” dalam mengadaptasi cerpen ‘Barn Burning’ kepada filem “Kaki Bakar”. U-Wei mengambil hampir sepenuhnya elemen naratif yang terkandung dalam cerpen ‘Barn Burning’ dan kemudian melakukan pengubahsuaian tertentu mengikut kehendak filem yang berlatarkan Alam Melayu dan bukannya Amerika seperti mana cerpen tersebut. Kajian ini penting bagi mengisi kelompangan kajian terdahulu dan juga menjadi rujukan kepada industri perfileman dalam usaha mengangkat karya sastera luar menjadi filem tempatan yang berkualiti. Kata kunci: Adaptasi, sastera, kajian bandingan, cerpen Amerika, filem Melayu.

Publisher

Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM Press)

Subject

Communication

Cited by 1 articles. 订阅此论文施引文献 订阅此论文施引文献,注册后可以免费订阅5篇论文的施引文献,订阅后可以查看论文全部施引文献

1. Pemaknaan Semula Cerita Rakyat Melayu dalam Filem Animasi Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal (2019);Pertanika Journal of Social Sciences and Humanities;2024-06-12

同舟云学术

1.学者识别学者识别

2.学术分析学术分析

3.人才评估人才评估

"同舟云学术"是以全球学者为主线,采集、加工和组织学术论文而形成的新型学术文献查询和分析系统,可以对全球学者进行文献检索和人才价值评估。用户可以通过关注某些学科领域的顶尖人物而持续追踪该领域的学科进展和研究前沿。经过近期的数据扩容,当前同舟云学术共收录了国内外主流学术期刊6万余种,收集的期刊论文及会议论文总量共计约1.5亿篇,并以每天添加12000余篇中外论文的速度递增。我们也可以为用户提供个性化、定制化的学者数据。欢迎来电咨询!咨询电话:010-8811{复制后删除}0370

www.globalauthorid.com

TOP

Copyright © 2019-2024 北京同舟云网络信息技术有限公司
京公网安备11010802033243号  京ICP备18003416号-3