Analisis Fenomenologi Khalayak Sinema Tamil Malaysia

Author:

Abu Hassan Badrul Redzuan,

Abstract

Sinema Tamil tempatan merupakan sebahagian daripada industri perfileman nasional. Pengaruh sinema ini dilihat mula berkembang sejak beberapa tahun kebelakangan ini sehingga berjaya mencapai kutipan pecah panggung menerusi Vedigundu Passange arahan Dr. Vimala Perumal. Namun, cabaran industri ini bukanlah disebabkan statusnya sebagai sinema minoriti, tetapi perlu bersaing dengan industri perfileman India khususnya Kollywood yang bertaraf global dan sentiasa dijadikan ukuran perbandingan. Tujuan utama makalah ini ialah untuk mengimbau dan memahami sikap dan pengalaman penontonan filem-filem berbahasa Tamil dalam kalangan khalayak masyarakat India di negara ini. Pendekatan fenomenologi telah digunakan sebagai panduan untuk melakukan penelitian tentang bagaimana khalayak membina pengetahuan, kesedaran dan pengalaman individu selaku subjek yang menonton filem-filem Tamil tempatan dan Kollywood. Menggunakan kaedah temubual berfokus, dapatan kajian dapat dirumuskan dalam 3 aspek: pertama, khalayak sinema Tamil tempatan hari ini majoritinya ‘mendewasa’ dengan keetnikan Tamilnadu atau jingoisme Bollywood dan masih bergelut untuk menerima kelainan dan inovasi pada naratologi, sinematografi, penataan muzik atau seni lakon, dan penggunaan teknologi komputer dan kesan khas; kedua, khalayak sinema Tamil tempatan dilihat mula menyedari fungsi Bahasa Tamil dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil sebagai penanda keetnikan masyarakat Tamil; dan ketiga, pendekatan fenomenologi telah mendedahkan walaupun kesedaran dan afiniti kolektif khalayak tempatan telah dibina oleh imaginari ‘tanah leluhur’ secara signifikan, mereka komited untuk membuktikan daya ketahanan mereka dalam menghadapi pengaruh imaginari berdiaspora itu. Kesimpulannya, sikap ambivalen dalam kalangan khalayak filem Tamil negara ini mungkin terbentuk dari imaginari ketamilan yang global. Mereka seharusnya turut sedar akan implikasi daripada konstruksi dan konsumsi imaginari ini ke atas payung kebudayaan negara ini. Kata kunci: Diaspora, keetnikan, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, sinema Tamil, vernakular.

Publisher

Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM Press)

Subject

Communication

同舟云学术

1.学者识别学者识别

2.学术分析学术分析

3.人才评估人才评估

"同舟云学术"是以全球学者为主线,采集、加工和组织学术论文而形成的新型学术文献查询和分析系统,可以对全球学者进行文献检索和人才价值评估。用户可以通过关注某些学科领域的顶尖人物而持续追踪该领域的学科进展和研究前沿。经过近期的数据扩容,当前同舟云学术共收录了国内外主流学术期刊6万余种,收集的期刊论文及会议论文总量共计约1.5亿篇,并以每天添加12000余篇中外论文的速度递增。我们也可以为用户提供个性化、定制化的学者数据。欢迎来电咨询!咨询电话:010-8811{复制后删除}0370

www.globalauthorid.com

TOP

Copyright © 2019-2024 北京同舟云网络信息技术有限公司
京公网安备11010802033243号  京ICP备18003416号-3