Keterlihatan Institusi di Alam Maya: Analisis Perbandingan Strategi Komunikasi Laman Sesawang Universiti Penyelidikan Malaysia

Author:

Zainal Abidin Muhammad Zaiamri,Firdaus Amira,Md Syed Md Azalanshah

Abstract

Keterlihatan laman sesawang semakin menjadi elemen penting untuk mempromosi institusi bagi universiti terbaik dunia. Laman sesawang rasmi universiti bertindak sebagai medium utama untuk mempromosi reputasi dan imej serta menjadi platform publisiti untuk aktiviti dan pencapaian universiti. Laman sesawang memainkan peranan penting dalam mempertingkatkan keterlihatan institusi di peringkat lokal dan juga global, selaras dengan hasrat nasional untuk mengantarabangsakan pendidikan tinggi, contohnya pembangunan hab pendidikan tinggi serantau dan global. Komunikasi laman sesawang memainkan peranan yang penting sebagai tapak perhubungan pertama serta sumber maklumat utama bagi khalayak. Kajian ini meneliti penggunaan laman sesawang secara strategik oleh tiga universiti penyelidikan di Malaysia. Kajian ini juga mengkaji strategi komunikasi laman sesawang bagi setiap universiti menerusi analisis kandungan kualitatif dan pemerhatian secara dalam talian terhadap laman sesawang universiti berkaitan. Ini meliputi analisis secara mendalam terhadap kandungan laman sesawang, reka bentuk dan elemen-elemen lain yang menyumbang kepada keterlihatan universiti melalui komunikasi laman sesawang ketiga-tiga institusi ini. Dapatan kajian mendapati kandungan (content) dan kebolehgunaan (usability) dalam reka bentuk laman sesawang serta komunikasi dialogic (dialogic communication) telah digunakan sebagai strategi keterlihatan laman sesawang. Penekanan komunikasi laman sesawang terhadap ketiga-tiga elemen ini dilihat sebagai strategi utama bagi ketiga-tiga institusi yang dikaji di mana laman sesawang setiap universiti memperlihatkan penggunaan komunikasi yang strategik. Kata kunci: Keterlihatan laman sesawang, laman sesawang rasmi, kandungan, kebolehgunaan, komunikasi dialogik.

Publisher

Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM Press)

Subject

Communication

同舟云学术

1.学者识别学者识别

2.学术分析学术分析

3.人才评估人才评估

"同舟云学术"是以全球学者为主线,采集、加工和组织学术论文而形成的新型学术文献查询和分析系统,可以对全球学者进行文献检索和人才价值评估。用户可以通过关注某些学科领域的顶尖人物而持续追踪该领域的学科进展和研究前沿。经过近期的数据扩容,当前同舟云学术共收录了国内外主流学术期刊6万余种,收集的期刊论文及会议论文总量共计约1.5亿篇,并以每天添加12000余篇中外论文的速度递增。我们也可以为用户提供个性化、定制化的学者数据。欢迎来电咨询!咨询电话:010-8811{复制后删除}0370

www.globalauthorid.com

TOP

Copyright © 2019-2024 北京同舟云网络信息技术有限公司
京公网安备11010802033243号  京ICP备18003416号-3