Perbincangan Politik di Laman Twitter: Atribut Isu Politik dalam Ciapan Media di Malaysia Semasa Tempoh Pra dan Pasca Pilihan Raya Umum Ke 14

Author:

Sanawi Jamali Bujang, ,Mustaffa Normah,Sannusi Shahrul Nazmi, ,

Abstract

Kajian ini meneliti fungsi penentuan agenda dalam kalangan media di Malaysia dalam konteks isu politik di laman sosial semasa tempoh pra dan pasca Pilihan raya Umum ke-14 (PRU 14). Kajian ini menganalisis penonjolan atribut isu politik dan meneliti hubungan agenda antara media dalam konteks atribut isu politik di kalangan media arus perdana, media alternatif dan media kerajaan di laman Twitter. Sebanyak 736 ciapan yang berkaitan dengan isu politik yang diciap oleh media arus perdana (Berita Harian dan The Star), media alternatif (Malaysiakini dan FMT) dan media kerajaan (RTM dan BERNAMA) semasa tempoh setahun sebelum dan selepas PRU 14 telah dianalisis menggunakan kaedah analisis deskriptif, analisis korelasi bivariat Spearman’s rho dan analisis korelasi silang-sisih masa. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa semasa tempoh setahun sebelum PRU 14, media arus perdana dan media alternatif meletakkan atribut konflik sebagai atribut terpenting dalam perbincangan isu politik mereka manakala media kerajaan pula memberikan perhatian yang lebih terhadap atribut pilihan raya. Namun selepas PRU 14, hanya media alternatif sahaja yang mengekalkan atribut konflik sebagai atribut terpenting dalam perbincangan isu politik manakala media arus perdana dan media kerajaan pula meletakkan atribut pilihan raya sebagai atribut utama dalam ciapan isu politik mereka. Dalam dimensi hubungan kausaliti antara agenda penonjolan atribut isu politik pula, terdapat peralihan dalam konteks hubungan tersebut pasca PRU 14. Kata kunci: Atribut isu politik, media arus perdana, media alternatif, media kerajaan, media sosial.

Publisher

Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM Press)

Subject

Communication

同舟云学术

1.学者识别学者识别

2.学术分析学术分析

3.人才评估人才评估

"同舟云学术"是以全球学者为主线,采集、加工和组织学术论文而形成的新型学术文献查询和分析系统,可以对全球学者进行文献检索和人才价值评估。用户可以通过关注某些学科领域的顶尖人物而持续追踪该领域的学科进展和研究前沿。经过近期的数据扩容,当前同舟云学术共收录了国内外主流学术期刊6万余种,收集的期刊论文及会议论文总量共计约1.5亿篇,并以每天添加12000余篇中外论文的速度递增。我们也可以为用户提供个性化、定制化的学者数据。欢迎来电咨询!咨询电话:010-8811{复制后删除}0370

www.globalauthorid.com

TOP

Copyright © 2019-2024 北京同舟云网络信息技术有限公司
京公网安备11010802033243号  京ICP备18003416号-3