Ketagihan Skrin dalam Kalangan Belia di Lembah Klang

Author:

,Mohamad Salleh Mohd Azul,Kasim Arena Che, ,Mohd Yusof Mohd Yuszaidy, ,Baco Mohamad Adli, ,Nor Arzami Muhammad Nur Imran,

Abstract

Dalam era digital, teknologi adalah satu alat yang penting dalam kehidupan harian dan memberi kesan kepada pengguna seperti memudahkan kerja seharian, menjimatkan masa kemudahan komunikasi dan juga isu ketagihan. Ketagihan teknologi menjadi fenomena yang membimbangkan dan memberikan impak negatif kepada kehidupan sehari-hari. Kebergantungan kepada penggunaan teknologi komunikasi seperti telefon bimbit, gajet-gajet dan aplikasi di internet membawa kepada fenomena ketagihan skrin. Ketagihan skrin merujuk kepada kebergantungan dan taksub secara fizikal kepada teknologi komunikasi seperti telefon pintar untuk melayari internet dan mengguna aplikasi media sosial bagi tujuan berkomunikasi, berkongsi maklumat dan kandungan dengan pelbagai pengguna yang lain. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji ketagihan skrin dalam kalangan belia di Lembah Klang. Kaedah kajian secara kuantitatif mengguna soal kaji selidik dalam kalangan belia Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM). Seramai 400 responden terlibat dalam kajian ini. Instrumen yang digunakan adalah Ketagihan Skrin (Screen Addiction Test) diadaptasi daripada instrumen Internet Addiction Test (IAT) dan juga instrumen Smartphone Addiction Inventory (SPAI) bagi mengukur tahap ketagihan skrin berdasarkan hubungan berorentasikan media sosial, keutamaan, kemerosotan fungsi diri, tingkah laku kompulsif, kebergantungan dan sikap kehidupan beragama. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS26). Kajian mendapati ketagihan skrin dalam kalangan belia di Lembah Klang berada pada min yang tinggi. Analisis Ujian T-sampel bebas mendapati tiada perbezaan yang signifikan ketagihan skrin mengikut jantina. Justeru itu, ketagihan skrin dalam kalangan belia adalah tinggi disebabkan kepelbagaian keperluan penggunaan teknologi komunikasi dan maklumat dalam kehidupan seharian belia. Kata kunci: Ketagihan skrin, ketagihan internet, belia, komunikasi, media sosial.

Publisher

Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM Press)

同舟云学术

1.学者识别学者识别

2.学术分析学术分析

3.人才评估人才评估

"同舟云学术"是以全球学者为主线,采集、加工和组织学术论文而形成的新型学术文献查询和分析系统,可以对全球学者进行文献检索和人才价值评估。用户可以通过关注某些学科领域的顶尖人物而持续追踪该领域的学科进展和研究前沿。经过近期的数据扩容,当前同舟云学术共收录了国内外主流学术期刊6万余种,收集的期刊论文及会议论文总量共计约1.5亿篇,并以每天添加12000余篇中外论文的速度递增。我们也可以为用户提供个性化、定制化的学者数据。欢迎来电咨询!咨询电话:010-8811{复制后删除}0370

www.globalauthorid.com

TOP

Copyright © 2019-2024 北京同舟云网络信息技术有限公司
京公网安备11010802033243号  京ICP备18003416号-3