Modal Intelektual dan Prestasi Perniagaan Mikro dan Kecil (PMK): Sebuah Sorotan Karya Naratif
-
Published:2022-10-28
Issue:3
Volume:92
Page:159-174
-
ISSN:0126-5008
-
Container-title:Akademika
-
language:
-
Short-container-title:Akademika
Author:
Ishak Suraiya, ,Che Omar Ahmad Raflis,Abdul Manaf Azima,Mohd Sabr Nur Shafiqah, , ,
Abstract
Modal intelektual adalah aset tidak nyata yang dapat memberi kesan kepada prestasi perusahaan mikro dan kecil (PMK). Makalah ini bertujuan membincangkan sorotan karya bentuk naratif bagi memahami konsep modal intelektual dan kaitannya dengan prestasi perniagaan. Menerusi sorotan literatur naratif maka satu analisis komprehensif, kritikal dan objektif mengenai pengetahuan semasa yang ada mengenai modal intelektual dan prestasi perniagaan dapat dikenal pasti dan membantu pembinaan kerangka konseptual teoritis yang inklusif dan selari dengan arus kajian semasa. Penemuan menunjukkan modal intelektual, yang terdiri daripada 3 dimensi iaitu modal insan, modal hubungan dan modal struktural, adalah pembolehubah penting dalam kajian mengenai pengurusan prestasi perniagaan. Asas kepada penciptaan kelebihan bersaing dan nilai tambahnya adalah berteraskan teori Pandangan Berasaskan Sumber (RBV). Di samping itu pengintegrasian perspektif Model Modal Intelektual Bersepadu (IICM) telah mengembangkan dimensi yang lebih menyeluruh dalam membentuk konstruk modal intelektual (IC) daripada 3 kepada 6 dimensi. Akhirnya, satu halatuju kajian akan datang berkaitan IC dan prestasi perniagaan telah dapat dikemukakan di mana IC dimodelkan sebagai salah satu pembolehubah daripada kategori aset strategik yang mempengaruhi prestasi PMK. Modal intelektual merupakan alat yang boleh dioptimumkan bagi mencipta nilai yang menyumbang kepada prestasi firma, manakala kepimpinan keusahawanan adalah tunggak penggerak yang menentukan sejauhmana alat yang dimiliki firma dapat digembeling secara optimum bagi menghasilkan prestasi perniagaan yang baik. Justeru itu, modal intelektual dan kepimpinan keusahawanan adalah faktor yang menjadi perhatian pengkaji masakini dalam membincangkan isu prestasi dan pengurusan strategik entiti PMK. Kata kunci: Modal Intelektual; Prestasi: Aset Tidak Nyata; Pandangan Berasaskan Sumber (RBV); Model Modal Intelektual Bersepadu (IICM)
Publisher
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM Press)
Subject
General Earth and Planetary Sciences,Water Science and Technology,Geography, Planning and Development