Refleksi Kritis Yusuf Al-Qaradawi terhadap Ekstremisme dan Ekstremisme Agama

Author:

Ismail Ahmad Munawar

Abstract

Ekstremisme adalah isu yang berpanjangan. Ideologi ini apabila dikaitkan dengan agama, ia bukan sahaja berkisar tentang implikasi keganasan bahkan menjadi asas kepada pembentukan ajaran-ajaran sesat dan yang menyeleweng daripada aliran ahli Sunah Waljamaah. Untuk membanterasnya, pendekatan harus kolektif dan memerlukan kerjasama semua pihak. Konsep asas mengenainya harus benar, sahih dan meyakinkan. Ia mestilah datang daripada sumber dan struktur akademik yang lengkap, sistematik dan konsisten supaya kritikan dan refleksi terhadap ideologi ini dilihat tersusun, adil dan mudah difahami. Antara tokoh-tokoh besar Islam yang pernah menilai dan menulis secara sistematik tentang ideologi ini adalah Yusuf al-Qaradawi, seorang ulama Islam kelahiran Mesir yang menetap di Doha, Qatar. Beliau adalah salah seorang ulama Islam paling berpengaruh semasa hidupnya. Beliau juga dikenali sebagai seorang pemikir yang sederhana tetapi tegas. Pandangan-pandangan beliau tentang kesederhanaan telah banyak diulas, dipetik dan dicerakin oleh ulama Islam lainnya di seluruh dunia. Namun disebalik kederhanaan ini beliau juga dikenali sebagai seorang yang tegas dan memiliki pandangan yang keras dan konsisten terhadap ideologi ekstremisme dan ekstremisme agama. Justeru, makalah ini akan mengupas dan membahas pandangan, kritikan dan refleksi beliau terhadap ideologi ekstremisme dan ekstremisme agama. Tulisan ini adalah sebahagian daripada dapatan kajian mengenai Islam dan ekstremisme di Malaysia yang menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif sebagai metode pengumpulan data. Analisa kandungan yang sebahagian besarnya membabitkan bahan-bahan daripada tulisan beliau telah digunakan di samping temubual separa struktur yang digunakan untuk mendapatkan pandangan tokoh-tokoh agama, aktivis dan pihak berkuasa tempatan berkaitan hal ini. Analisa hasil kajian mendapati, Yusuf al-Qaradawi telah mengupas hal ini dalam banyak tulisan-tulisan beliau sama ada memberi refleksi secara khusus terhadap ideologi ini ataupun menyebut implikasi ideologi ini melalui tulisan-tulisan beliau dalam hal ehwal kehidupan secara umum. Pandangan-pandangan beliau juga menjadi teras pada kebanyakan tulisan tokoh-tokoh Islam lain apabila menulis dan bercakap mengenai ekstremisme dan ekstremisme agama.

Publisher

Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM Press)

Subject

General Medicine

Cited by 1 articles. 订阅此论文施引文献 订阅此论文施引文献,注册后可以免费订阅5篇论文的施引文献,订阅后可以查看论文全部施引文献

同舟云学术

1.学者识别学者识别

2.学术分析学术分析

3.人才评估人才评估

"同舟云学术"是以全球学者为主线,采集、加工和组织学术论文而形成的新型学术文献查询和分析系统,可以对全球学者进行文献检索和人才价值评估。用户可以通过关注某些学科领域的顶尖人物而持续追踪该领域的学科进展和研究前沿。经过近期的数据扩容,当前同舟云学术共收录了国内外主流学术期刊6万余种,收集的期刊论文及会议论文总量共计约1.5亿篇,并以每天添加12000余篇中外论文的速度递增。我们也可以为用户提供个性化、定制化的学者数据。欢迎来电咨询!咨询电话:010-8811{复制后删除}0370

www.globalauthorid.com

TOP

Copyright © 2019-2024 北京同舟云网络信息技术有限公司
京公网安备11010802033243号  京ICP备18003416号-3