Alam dalam Antologi Cakerawala Islam Nusantara: Satu Analisis Takmilah

Author:

Yaacob Maisarah

Abstract

Alam berperanan kepada pembentukan jati diri dan pembangunan kemanusiaan. Karya kreatif pula menjadi medium utama untuk mendidik manusia menjadi lebih baik, justeru karya seperti sajak menyelit unsur pengajaran secara kreatif dan berkesan. Pengkarya menjadikan alam sebagai imej dalam menyelitkan mesej kepada khalayak. Kajian ini bertujuan menganalisis perkaitan alam dan kesannya kepada manusia dari jurus pandang tujuh orang penyair yang terkandung dalam Antologi ‘Cakerawala Islam Nusantara’ (2023). Antologi ini mengandungi sajak garapan 203 orang penyair dan diterbitkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. Penelitian ini menganalisis perkaitan antara alam dan kesannya kepada manusia dari sudut pandang Teori Takmilah. Analisis karya memfokuskan kepada prinsip ketujuh dalam teori tersebut, iaitu proses keilmuan digarap dalam karya sejajar dengan tujuan memupuk ke arah insan kamil. Kajian ini mendapati bahawa sajak yang dihasilkan tujuh pengarang terbabit berupaya menjadikan alam sebagai panduan kehidupan, seterusnya membentuk khalayak menjadi lebih baik sejajar dengan matlamat ketujuh dalam Teori Takmilah.

Publisher

Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM Press)

同舟云学术

1.学者识别学者识别

2.学术分析学术分析

3.人才评估人才评估

"同舟云学术"是以全球学者为主线,采集、加工和组织学术论文而形成的新型学术文献查询和分析系统,可以对全球学者进行文献检索和人才价值评估。用户可以通过关注某些学科领域的顶尖人物而持续追踪该领域的学科进展和研究前沿。经过近期的数据扩容,当前同舟云学术共收录了国内外主流学术期刊6万余种,收集的期刊论文及会议论文总量共计约1.5亿篇,并以每天添加12000余篇中外论文的速度递增。我们也可以为用户提供个性化、定制化的学者数据。欢迎来电咨询!咨询电话:010-8811{复制后删除}0370

www.globalauthorid.com

TOP

Copyright © 2019-2024 北京同舟云网络信息技术有限公司
京公网安备11010802033243号  京ICP备18003416号-3