Risiko Penggunaan Barang Selain Emas sebagai Aset Gadaian dalam Pembiayaan Ar Rahnu

Author:

Abstract

Ar-Rahnu berasaskan produk mikro kredit diperkenalkan kepada masyarakat atas dasar memberi bantuan pembiayaan kepada golongan kurang berkemampuan atau berpendapatan rendah. Namun, institusi atau bank yang menawarkan skim ar-rahnu membataskan barang-barang gadaian tertentu seperti barangan kemas sahaja yang boleh dijadikan sebagai jaminan jaminan ke atas pembiayaan ar rahnu. Penerimaan aset gadaian yang terbatas pada emas sahaja ini secara menyebabkan timbul kesulitan kepada golongan yang benar-benar memerlukan bantuan kewangan namun pada masa yang sama tidak memiliki emas. Hal ini berbeza dengan Islam yang membenarkan setiap barang yang bernilai sepatutnya boleh diterima sebagai barang gadaian. Justeru, kajian ini mengkaji apakah risiko yang bakal dihadapi oleh penyedia ar rahnu sekiranya membenarkan penggunaan barang selain emas sebagai aset gadaian dalam pembiayaan ar-rahnu. Kajian ini merupakan kajian kulatitaif dengan mengguna pakai analisis kandungan sebagai kaedah pengumpulan data. Kaedah analisis data pula ialah kaedah deskriptif. Kajian mendapati bahawa antara risiko penggunaan barang selain emas sebagai aset gadaian ialah kesukaran dalam menilai kualiti dan ketulenan aset, tidak kebal terhadap krisis ekonomi dan penurunan kualiti seiring peredaran masa. Implikasi kajian ialah pihak penyedia ar rahnu perlu menanggung risiko kerugian sekiranya menerima aset gadaian selain emas dalam pembiayaan ar rahnu.

Publisher

Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM Press)

Subject

Electrical and Electronic Engineering,Building and Construction

同舟云学术

1.学者识别学者识别

2.学术分析学术分析

3.人才评估人才评估

"同舟云学术"是以全球学者为主线,采集、加工和组织学术论文而形成的新型学术文献查询和分析系统,可以对全球学者进行文献检索和人才价值评估。用户可以通过关注某些学科领域的顶尖人物而持续追踪该领域的学科进展和研究前沿。经过近期的数据扩容,当前同舟云学术共收录了国内外主流学术期刊6万余种,收集的期刊论文及会议论文总量共计约1.5亿篇,并以每天添加12000余篇中外论文的速度递增。我们也可以为用户提供个性化、定制化的学者数据。欢迎来电咨询!咨询电话:010-8811{复制后删除}0370

www.globalauthorid.com

TOP

Copyright © 2019-2024 北京同舟云网络信息技术有限公司
京公网安备11010802033243号  京ICP备18003416号-3