Keperluan Prosedur Operasi Standard (SOP) Tangkapan dan Tahanan Individu Autisme untuk Pegawai Penguatkuasa Agama

Author:

Mohd Kusrin Zuliza,Yusof Wafaa’,Ab Rahman Roseliza-Murni,Nasohah Zaini,Dahalan Zahidah

Abstract

Individu autisme mengalami kecelaruan perkembangan-neuro dan menyebabkan kekurangan dari segi kemahiran sosial dan imaginasi. Situasi ini menjadikan mereka terdedah dan agak cenderung melanggar undang-undang rentetan sifat perilaku tersendiri mereka yang defisit pergaulan sosial, obsesi kepada rutin harian dan kurang empati. Peningkatan pendiagnosan individu autisme di Malaysia menyebabkan wujudnya keperluan bagi mengadakan SOP Khas tangkapan dan tahanan individu autisme. Satu Prosedur Operasi Standard (SOP) Autisme Khas Polis telah berjaya dibentuk dan dikuatkuasakan bagi menjamin hak dan keadilan individu autisme bagi kesalahan jenayah sivil. Namun, SOP sedemikian masih belum wujud bagi kesalahan jenayah syariah di negeri-negeri di Malaysia. Artikel ini bertujuan menganalisis keperluan mewujudkan SOP Khas Autisme untuk penguat kuasa agama negeri-negeri di Malaysia. Objektif kajian membincangkan perilaku tersendiri individu autisme yang mendorong mereka melanggar undang-undang dan perkaitannya dengan kesalahan jenayah syariah serta persepsi para pengamal perundangan Islam, pelatih kepada individu autisme dan pakar perubatan autisme tentang keperluan mewujudkan SOP Khas Autisme untuk penguat kuasa agama. Metodologi kajian ialah analisis kandungan dan temu bual kumpulan fokus serta perbincangan meja bulat bersama informan berkaitan iaitu 3 orang hakim syarie, 2 orang pegawai penguat kuasa agama, 9 orang guru pendidikan khas serta 2 orang pakar autisme. Data terkumpul kemudiannya dianalisis secara deskriptif dan tematik. Hasil kajian mendapati sebahagian perilaku individu autisme seperti menyentuh dengan tidak sopan, masturbasi secara terbuka, membuka baju, terkandung dalam kategori perbuatan tidak sopan Akta/Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah namun tiada peruntukan undang-undang khusus untuk PPA mengendalikan tangkapan dan tahanan individu autisme yang disyaki melanggar undang-undang tersebut. Tambahan lagi PPA perlu kepada SOP terpandu dalam melaksanakan tugasnya terhadap individu autisme menyebabkan keperluan dibangunkan SOP khusus untuk PPA bagi mengelakkan diskriminasi dan layanan yang lebih adil kepada individu autisme.

Publisher

Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM Press)

Subject

Electrical and Electronic Engineering,Building and Construction

同舟云学术

1.学者识别学者识别

2.学术分析学术分析

3.人才评估人才评估

"同舟云学术"是以全球学者为主线,采集、加工和组织学术论文而形成的新型学术文献查询和分析系统,可以对全球学者进行文献检索和人才价值评估。用户可以通过关注某些学科领域的顶尖人物而持续追踪该领域的学科进展和研究前沿。经过近期的数据扩容,当前同舟云学术共收录了国内外主流学术期刊6万余种,收集的期刊论文及会议论文总量共计约1.5亿篇,并以每天添加12000余篇中外论文的速度递增。我们也可以为用户提供个性化、定制化的学者数据。欢迎来电咨询!咨询电话:010-8811{复制后删除}0370

www.globalauthorid.com

TOP

Copyright © 2019-2024 北京同舟云网络信息技术有限公司
京公网安备11010802033243号  京ICP备18003416号-3