Pemendapan Sedimen dan Proses 210Pb di Lembangan Melayu dan Selat Melaka

Author:

Che Abd Rahim Mohamad Arif,Liu Shengfa,Shi Xuefa,Mohamed Che Abd Rahim

Abstract

Sebanyak dua teras sedimen diperoleh dari Lembangan Melayu dan Selat Melaka bagi mengenal pasti pemendapan sedimen serta proses 210Pb di Lembangan Melayu dan Selat Melaka. Di kawasan kajian, purata aktiviti 210Pb adalah sebanyak 111.47 ± 15.01 Bq/kg dan 126.38 ± 16.8 Bq/kg di stesen M17 dan M43 dengan perbezaan antara stesen adalah sebanyak 10%. Kedua-dua stesen menerima input yang berlainan melalui saluran air ke arah kawasan persampelan, menyebabkan peningkatan kandungan 210Pb di dalam sedimen. Proses hidrologi yang dikawal melalui perbezaan temporal turut mempengaruhi proses fizikal dan secara tidak langsung, mempengaruhi proses sedimentasi. Proses hidrologi melalui perbezaan temporal yang mempengaruhi proses fizikal dan kemudiannya mempengaruhi kadar proses pemendapan. Memandangkan sistem monsun mempengaruhi daya kitaran hidrologi, mekanisme timbal-balik kesan saiz butiran terhadap 210Pb telah berubah berikutan pengaruh arus monsun bersama dengan lempung sebagai pembawa utama yang menonjol untuk teras sedimen, sekali gus mempunyai kesan serta-merta pada pemendapan sedimen. Di samping itu, inventori dan fluks Lembangan Melayu dan Selat Melaka menunjukkan kesan monsun juga menyumbang kepada perubahan inventori dan fluks 210Pb di Lembangan Melayu dan Selat Melaka apabila daya kitaran hidrologi mengubah keupayaan kesan penggarutan 210Pb di sekitar perantaraan sedimen dan air laut.

Publisher

Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM Press)

Subject

Multidisciplinary

同舟云学术

1.学者识别学者识别

2.学术分析学术分析

3.人才评估人才评估

"同舟云学术"是以全球学者为主线,采集、加工和组织学术论文而形成的新型学术文献查询和分析系统,可以对全球学者进行文献检索和人才价值评估。用户可以通过关注某些学科领域的顶尖人物而持续追踪该领域的学科进展和研究前沿。经过近期的数据扩容,当前同舟云学术共收录了国内外主流学术期刊6万余种,收集的期刊论文及会议论文总量共计约1.5亿篇,并以每天添加12000余篇中外论文的速度递增。我们也可以为用户提供个性化、定制化的学者数据。欢迎来电咨询!咨询电话:010-8811{复制后删除}0370

www.globalauthorid.com

TOP

Copyright © 2019-2024 北京同舟云网络信息技术有限公司
京公网安备11010802033243号  京ICP备18003416号-3