Pengesanan dan Pencirian Leptospira spp. pada Haiwan Liar dan Persekitaran di Pusat Pemuliharaan ex situ

Author:

Shamsusah Nadia Aqilla,Md Zain Badrul Munir,Dharmalingam Sabapathy,Amran Fairuz,Agustar Hani-Kartini

Abstract

Leptospirosis ialah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Leptospira yang boleh menjangkiti manusia dan haiwan. Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti jangkitan leptospirosis yang berkitar antara orang utan, roden dan persekitaran di Pulau Orang Utan Bukit Merah (BMOUI) dan Zoo Taiping, Perak. Sampel haiwan serta persekitaran yang diperoleh dari kedua-dua kawasan kajian diinokulasi dalam media Ellinghausen-Mccullough-Johnson-Harris (EMJH) untuk pengkulturan Leptospira. Pengesanan dan pencirian mudah spesies Leptospira melalui PCR dilakukan ke atas kultur serta sampel haiwan yang positif. Pencirian spesies yang lebih mendalam sehingga peringkat serovar menggunakan penjenisan jujukan multi-lokus (MLST) hanya dilakukan ke atas kultur patogenik sahaja. Sebanyak 8/14 kultur daripada sampel persekitaran BMOUI merupakan spesies saprofitik (L. yanagawae, L. meyeri dan L. idonii), 4/14 adalah spesies perantaraan (L. wolffii) dan 2/14 (dilabel sebagai ‘Soil2’ dan ‘BJ3 soil’) adalah spesies patogenik. Hasil MLST menunjukkan kultur ‘Soil2’ telah dikenal pasti sebagai L. interrogans serovar Lai Langkawi dengan nilai penjenisan jujukan, ST: 236. ‘BJ3 soil’ pula telah diberikan profil alel baharu yang menjana nilai ST baharu iaitu 262 di bawah spesies L. kmetyi. Kesemua 15/15 kultur daripada sampel persekitaran Zoo Taiping merupakan spesies saprofit (L. yanagawae dan L. meyeri). Leptospira yang dikesan secara langsung dalam sampel orang utan dan tikus dari BMOUI berkait rapat dengan spesies L. wolffii. Sampel orang utan dari Zoo Taiping pula berkait rapat dengan spesies L. kmetyi dan L. wolffii. Kajian ini berjaya membuktikan bahawa berlakunya transmisi leptospirosis di BMOUI dan Zoo Taiping yang sememangnya amat penting dalam menambahbaik strategi pencegahan penyakit ini sekaligus membantu dalam usaha pemuliharaan orang utan.

Publisher

Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM Press)

Subject

Multidisciplinary

Cited by 2 articles. 订阅此论文施引文献 订阅此论文施引文献,注册后可以免费订阅5篇论文的施引文献,订阅后可以查看论文全部施引文献

同舟云学术

1.学者识别学者识别

2.学术分析学术分析

3.人才评估人才评估

"同舟云学术"是以全球学者为主线,采集、加工和组织学术论文而形成的新型学术文献查询和分析系统,可以对全球学者进行文献检索和人才价值评估。用户可以通过关注某些学科领域的顶尖人物而持续追踪该领域的学科进展和研究前沿。经过近期的数据扩容,当前同舟云学术共收录了国内外主流学术期刊6万余种,收集的期刊论文及会议论文总量共计约1.5亿篇,并以每天添加12000余篇中外论文的速度递增。我们也可以为用户提供个性化、定制化的学者数据。欢迎来电咨询!咨询电话:010-8811{复制后删除}0370

www.globalauthorid.com

TOP

Copyright © 2019-2024 北京同舟云网络信息技术有限公司
京公网安备11010802033243号  京ICP备18003416号-3