Author:
Ahmad Khorairi Ain Nadiah Sofiah,Hashim Haslaniza,Maskat Mohamad Yusof
Abstract
Ekstrak mengkudu (Morinda citrifolia) mempunyai kesan yang baik terhadap kesihatan. Namun begitu, pengambilannya masih terhad kerana rasa masam serta bau ekstrak mengkudu yang tidak digemari oleh pengguna. Penggunaan kaedah penyahasidan dan penambahan bahan perisa dilihat dapat mengurangkan rasa masam buah mengkudu tetapi kesan kepada ciri-ciri antioksidan masih tidak diketahui. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk menentukan kesan penyahasidan dan penambahan 0, 4 dan 8% perisa lemon terhadap ciri antioksidan ekstrak mengkudu. Analisis yang dijalankan ke atas ekstrak mengkudu adalah penilaian nilai pH, ujian jumlah kandungan fenol (TPC), ujian penangkapan radikal bebas (DPPH) dan ujian kuasa penurunan ferik (FRAP). Hasil kajian mendapati bahawa nilai pH meningkat secara signifikan (p<0.05) setelah dinyahasid. Manakala, nilai TPC, DPPH dan FRAP ekstrak mengkudu pula menurun secara signifikan (p<0.05) setelah dinyahasid. Penambahan bahan perisa lemon ke dalam sampel ekstrak mengkudu ternyahasid, tidak memberikan perubahan signifikan pada nilai pH, TPC, DPPH dan FRAP. Secara keseluruhannya, rawatan penyahasidan membantu mengurangkan keasidan ekstrak mengkudu tetapi penambahan bahan perisa lemon tidak memberikan kesan signifikan kepada ciri antioksida ekstrak mengkudu.
Publisher
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM Press)
Cited by
1 articles.
订阅此论文施引文献
订阅此论文施引文献,注册后可以免费订阅5篇论文的施引文献,订阅后可以查看论文全部施引文献