Kehadiran Interaksi Supramolekul dalam SebatianPolimer Koordinatan Baharu Terbitan Ligan N,N’-2,6-bis(3-piridilmetil)piridina Dikarboksiamida

Author:

Mansor Nafisah,Haris Nur Shuhaila Haryani,Abdul Kadir Maisara

Abstract

Kehadiran beberapa interaksi supramolekul seperti ikatan hidrogen dan susunan pi-pi adalah penting bukan sahaja untuk menstabilkan struktur molekul tetapi juga memainkan peranan sebagai molekul perumah. Oleh itu, dalam kajian ini, ligan berasaskan amida yang mempunyai bentuk U iaitu N,N’-2,6-bis(3-piridilmetil)piridina dikarboksiamida (L1) telah digunakan sebagai ligan yang berupaya membentuk ikatan hidrogen dengan anion, dan kajian ini berfokus kepada peranannya dalam keadaan polimer koordinatan. Sebagai permulaan, L1 ditindakbalas dengan beberapa logam peralihan melalui kaedah penyejatan perlahan untuk menghasilkan tiga polimer koordinatan yang baharu. Polimer koordinatan ini mempunyai formula molekul, {[Cd(L1)2(H2O)2](NO3)2.H2O}n (1), {[Cd(L1)2(H2O)2](ClO4)2}n (2) dan {[Co(L1)2(H2O)2](NO3)2}n (3) yang dicirikan melalui analisis unsur, FTIR spektroskopi dan kristalografi sinar-X. Polimer koordinatan 1, 2 and 3 menghablur dalam sistem triklinik dan kumpulan ruang P-1. Konformasi sebatian ini digambarkan sebagai logam-makrosiklik dinuklear yang tersusun seperti rantai leher. L1 didapati bersambung melalui logampusat daripada atom nitrogen, secara berulang-ulang untuk membentuk jaringan satu dimensi. Struktur molekul sebatian baharu ini distabilkan oleh kehadiran ikatan hidrogen intermolekul dan intramolekul, yang terjadi di kawasan NH amida, serta susunan pi-pi di antara gelang aromatik piridina. Dalam struktur hablur ini juga, jaringan metilina membentuk ikatan hidrogen dengan kaunter anion pada moieti2,6-piridina dikarboksamida, menunjukkan potensi sebagai sebatian penerima anion. Kajian DFT telah dijalankan untuk mengenal pasti tenaga interaksi kompleks.

Publisher

Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM Press)

Subject

Multidisciplinary

同舟云学术

1.学者识别学者识别

2.学术分析学术分析

3.人才评估人才评估

"同舟云学术"是以全球学者为主线,采集、加工和组织学术论文而形成的新型学术文献查询和分析系统,可以对全球学者进行文献检索和人才价值评估。用户可以通过关注某些学科领域的顶尖人物而持续追踪该领域的学科进展和研究前沿。经过近期的数据扩容,当前同舟云学术共收录了国内外主流学术期刊6万余种,收集的期刊论文及会议论文总量共计约1.5亿篇,并以每天添加12000余篇中外论文的速度递增。我们也可以为用户提供个性化、定制化的学者数据。欢迎来电咨询!咨询电话:010-8811{复制后删除}0370

www.globalauthorid.com

TOP

Copyright © 2019-2024 北京同舟云网络信息技术有限公司
京公网安备11010802033243号  京ICP备18003416号-3