Penentuan Kepekatan Keradioaktifan Radionuklid Semula Jadi dan Indeks Bahaya Sinaran pada Musim Hujan dari Tanah di Kawasan Sekitar Kemudahan Simpanan Jangka Panjang (LTSF) Bukit Kledang, Perak

Author:

Abdul Adziz Mohd Izwan,Khoo Kok Siong

Abstract

Kajian dan pemantauan yang dilakukan terhadap taburan dan penentuan aktiviti keradioaktifan radionuklid semula jadi boleh dijadikan panduan dan rujukan serta amat berguna terutamanya ketika berlakunya dedahan sinaran yang tinggi dan tidak terancang daripada sumber antropogenik dan kemalangan nuklear global. Sampel tanah permukaan dari 12 lokasi yang telah dikenal pasti di sekitar kawasan kemudahan repositori telah diambil untuk dijalankan kajian analisis penentuan kepekatan keradioaktifan dan indeks bahaya sinaran. Pengukuran kepekatan radioaktif dalam sampel tanah dilakukan dengan menggunakan sistem pembilangan spektrometer gama yang dilengkapi dengan pengesan High Purity Germanium (HPGe). Keputusan yang diperoleh menunjukkan kepekatan radioaktiviti 238U adalah berjulat antara 17.83 - 31.80 Bq kg-1, 234Th adalah berjulat antara 23.18 - 40.64 Bq kg-1, 226Ra adalah berjulat antara 20.09 - 32.80 Bq kg-1, 228Ra adalah berjulat antara 21.20 - 38.88 Bq kg-1 dan 40K adalah berjulat antara 9.11 - 51.39 Bq kg-1 dengan nilai purata masing-masing adalah 21.45 Bq kg-1, 28.17 Bq kg-1, 24.00 Bq kg-1, 27.43 Bq kg-1 dan 24.01 Bq kg-1. Nilai kepekatan radioaktiviti radionuklid tersebut didapati setara dengan nilai yang pernah dilaporkan dalam kajian terdahulu di Semenanjung Malaysia. Nilai purata yang diperoleh bagi keempat-empat parameter Indeks Bahaya Radiasi iaitu aktiviti bersamaan radium (Raeq), kadar dos luaran (D), dos berkesan tahunan dan indeks bahaya luaran (Hex) masing-masing adalah 66.37 Bq kg-1, 29.13 nGy j-1, 20.16 μSv dan 0.18. Nilai yang diperoleh ini adalah rendah berbanding nilai purata dunia dan nilai piawaian yang diguna pakai secara global iaitu masing-masing adalah 370 Bq kg-1, 57nGy j-1, 480.00 μSv dan 1.0. Perbandingan dengan kajian sebelum ini juga mendapati nilai bagi keempat-empat parameter adalah rendah dan setara. Ini menunjukkan tahap bahaya radiasi di kawasan sekitar kajian adalah selamat untuk orang ramai.

Publisher

Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM Press)

Subject

Multidisciplinary

同舟云学术

1.学者识别学者识别

2.学术分析学术分析

3.人才评估人才评估

"同舟云学术"是以全球学者为主线,采集、加工和组织学术论文而形成的新型学术文献查询和分析系统,可以对全球学者进行文献检索和人才价值评估。用户可以通过关注某些学科领域的顶尖人物而持续追踪该领域的学科进展和研究前沿。经过近期的数据扩容,当前同舟云学术共收录了国内外主流学术期刊6万余种,收集的期刊论文及会议论文总量共计约1.5亿篇,并以每天添加12000余篇中外论文的速度递增。我们也可以为用户提供个性化、定制化的学者数据。欢迎来电咨询!咨询电话:010-8811{复制后删除}0370

www.globalauthorid.com

TOP

Copyright © 2019-2024 北京同舟云网络信息技术有限公司
京公网安备11010802033243号  京ICP备18003416号-3