Peningkatan Kecekapan Elektrik Sistem Suria Hibrid Fotovoltan Terma-Termoelektrik (PVT-TE) oleh Kesan Termoelektrik

Author:

Nazri Nurul Syakirah,Fudholi Ahmad,Mohammad Masita,Ali Nandar Cuk Supriyadi,Sudibyo Henny,Abimanyu Haznan,Sopian Kamaruzzaman,Ibrahim Mohd Adib

Abstract

Sistem fotovoltan terma (PVT) menggunakan fotovoltan dan pengumpul haba suria untuk mendapatkan haba dan elektrik. Memandangkan kedua-dua haba dan elektrik boleh dijana dan digunakan secara serentak, sistem PVT mempunyai keluaran tenaga yang lebih besar bagi setiap unit luas daripada modul PV atau pengumpul haba suria kendiri. Pengumpul PVT berasaskan udara menggunakan udara sebagai medium pemindahan haba dan corak aliran memberi kesan kepada prestasi pengumpul. Uji kaji telah dijalankan untuk menilai prestasi haba dan elektrik bagi pengumpul PVT berasaskan udara. Gabungan antara penjana termoelektrik (TE) dengan sistem PVT ialah cara yang inovatif untuk meningkatkan lagi penukaran tenaga suria dan meningkatkan kuasa elektrik. Selain mengurangkan suhu permukaan sel PV, kecerunan terma yang disebabkan oleh haba yang dijana dalam modul PV boleh menjana elektrik kerana kesan Seebeck oleh modul TE. Di samping itu, gabungan kedua-dua sistem mempunyai potensi untuk meningkatkan prestasi disebabkan oleh kesan tambahan kedua-dua sistem. Penjana termoelektrik dapat menggunakan sisa haba sistem suria untuk mencipta tenaga tambahan seterusnya meningkatkan jumlah keluaran kuasa dan kecekapan sistem hibrid PVT-TE. Kesan kadar alir jisim dan keamatan sinaran juga diselidik. Kajian dilakukan pada kadar alir jisim udara 0.009 kg/s, 0.021 kg/s, 0.039 kg/s, 0.069 kg/s dan 0.095 kg/s dan keamatan cahaya antara 455.64 W/m2 hingga 795.18 W/m2. Nilai ini digunakan dalam menghitung kecekapan terma dan elektrik bagi sistem PVT yang dicadangkan. Kuasa keluaran keseluruhan sistem PVT dibandingkan antara keadaan 'dengan TE' dan 'tanpa TE'. Secara keseluruhannya, pertambahan kuasa keluaran bagi sistem PVT-TE adalah lebih tinggi berbanding sistem PVT sebanyak 32.59% hingga 55.93%.

Publisher

Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM Press)

Subject

Multidisciplinary

Cited by 1 articles. 订阅此论文施引文献 订阅此论文施引文献,注册后可以免费订阅5篇论文的施引文献,订阅后可以查看论文全部施引文献

1. Germanium-telluride-based thermoelectrics;Nature Reviews Electrical Engineering;2024-02-02

同舟云学术

1.学者识别学者识别

2.学术分析学术分析

3.人才评估人才评估

"同舟云学术"是以全球学者为主线,采集、加工和组织学术论文而形成的新型学术文献查询和分析系统,可以对全球学者进行文献检索和人才价值评估。用户可以通过关注某些学科领域的顶尖人物而持续追踪该领域的学科进展和研究前沿。经过近期的数据扩容,当前同舟云学术共收录了国内外主流学术期刊6万余种,收集的期刊论文及会议论文总量共计约1.5亿篇,并以每天添加12000余篇中外论文的速度递增。我们也可以为用户提供个性化、定制化的学者数据。欢迎来电咨询!咨询电话:010-8811{复制后删除}0370

www.globalauthorid.com

TOP

Copyright © 2019-2024 北京同舟云网络信息技术有限公司
京公网安备11010802033243号  京ICP备18003416号-3