Kesan Suhu Rendaman dan Suhu Sepuh Lindap dalam Penyediaan Filem Nipis Bismut Sulfida (Bi2S3) terhadap prestasi Sel Suria Organik Jenis Songsang Berasaskan P3HT:PCBM

Author:

Md Ridzuan Nurul Nadhirah Binti,Yap Chi Chin

Abstract

Filem nipis bismut sulfida (Bi2S3) mempunyai jurang tenaga yang kecil dan boleh dihasilkan dengan mudah pada suhu yang rendah melalui proses pemendapan celupan kimia. Ia adalah bahan yang sesuai untuk digunakan sebagai lapisan pengangkut elektron (ETL) dalam sel suria organik jenis songsang (I-OSC) yang menggantikan zink oksida (ZnO) yang mempunyai jurang jalur tenaga yang besar dan memerlukan suhu sepuh lindap yang tinggi dalam proses penghasilan sel suria berprestasi tinggi. Kajian terdahulu mengenai kesan tempoh rendaman menunjukkan bahawa kecekapan penukaran kuasa (PCE) optimum yang dapat dicapai oleh filem nipis Bi2S3 adalah sehingga 2.32% dengan rendaman selama 30 minit dalam larutan Bi2S3 pada suhu bilik. Dalam kajian ini, suhu rendaman dan sepuh lindap pada penyediaan filem nipis Bi2S3 pula dikaji untuk memerhatikan kesannya terhadap prestasi fotovoltaik I-OSC. Masa rendaman substrat dalam larutan Bi2S3 ditetapkan pada tempoh 30 minit tetapi suhu rendaman dibezakan. Hasil kajian menunjukkan suhu rendaman pada suhu bilik masih memberikan PCE tertinggi iaitu 1.79% dengan nilai ketumpatan arus litar pintas (Jsc,), 8.01 mA.cm-2 dan voltan litar terbuka (Voc), 0.54 V. Selain itu, bagi suhu sepuh lindap, PCE menurun apabila suhu sepuh lindap yang tinggi dikenakan. Menariknya, apabila suhu sepuh lindap yang tinggi digunakan, kehabluran Bi2S3 bertambah baik, tetapi permukaan FTO lebih banyak terdedah kepada P3HT, mengakibatkan kebocoran arus yang tinggi. Kajian ini menunjukkan bahawa sampel yang disediakan pada suhu rendaman dan sepuh lindap yang tinggi tidak menghasilkan prestasi fotovoltaik yang lebih baik.

Publisher

Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM Press)

Subject

Multidisciplinary

同舟云学术

1.学者识别学者识别

2.学术分析学术分析

3.人才评估人才评估

"同舟云学术"是以全球学者为主线,采集、加工和组织学术论文而形成的新型学术文献查询和分析系统,可以对全球学者进行文献检索和人才价值评估。用户可以通过关注某些学科领域的顶尖人物而持续追踪该领域的学科进展和研究前沿。经过近期的数据扩容,当前同舟云学术共收录了国内外主流学术期刊6万余种,收集的期刊论文及会议论文总量共计约1.5亿篇,并以每天添加12000余篇中外论文的速度递增。我们也可以为用户提供个性化、定制化的学者数据。欢迎来电咨询!咨询电话:010-8811{复制后删除}0370

www.globalauthorid.com

TOP

Copyright © 2019-2024 北京同舟云网络信息技术有限公司
京公网安备11010802033243号  京ICP备18003416号-3