Author:
Mohd Amin Farah Azaliney Binti,Jaaman Saiful Hafizah Binti
Abstract
Peningkatan bilangan saham patuh Syariah yang didagangkan di Bursa Malaysia menjadikan proses pemilihan pelaburan semakin penting dan mencabar. Oleh itu, pelabur memerlukan suatu mekanisme bersifat kuantitatif dan bukan hanya berdasarkan penilaian kualitatif atau intuitif semata-mata. Dalam kajian ini, prestasi saham 10 syarikat patuh Syariah yang disenaraikan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SCM) dianalisis menggunakan nisbah kewangan utama syarikat iaitu pelaburan, keberuntungan, kecairan, keumpilan dan kecekapan. Fokus kajian adalah untuk memeringkatkan prestasi saham dari 2017 sehingga 2021 menggunakan dua kaedah iaitu Teknik Keutamaan Tertib Mengikut Persamaan dengan Penyelesaian Ideal (TOPSIS) dan Analisis Hubungan Kelabu (GRA). Keputusan kajian menunjukkan konsistensi pemeringkatan saham antara kedua-dua kaedah, terutama dalam memilih dua kedudukan teratas iaitu NESTLE dan PETGAS serta tiga saham kedudukan terbawah iaitu MISC, PMETAL dan AXIATA. Keputusan ini menunjukkan bahawa GRA merupakan kaedah alternatif yang setanding dengan TOPSIS dan mampu membantu para pelabur untuk mengenal pasti saham patuh Syariah terbaik.
Publisher
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM Press)
Cited by
1 articles.
订阅此论文施引文献
订阅此论文施引文献,注册后可以免费订阅5篇论文的施引文献,订阅后可以查看论文全部施引文献