Kesan Pelarut yang Berbeza Terhadap Ciri-Ciri Fizikokimia, Kandungan Fenolik dan Aktiviti Antioksida Daun Galak Tua (Stemona curtisii)

Author:

Low Xiang Ting,Che Ku Jusoh Tengku Farizan Izzi,Hashima Haslaniza

Abstract

Stemona curtisii atau juga dikenali sebagai pokok Galak Tua adalah herba daripada famili Stemonaceae yang digunakan dalam perawatan tradisi. Matlamat penyelidikan ini adalah untuk mengkaji kesan pengekstrakan menggunakan pelarut yang berbeza terhadap ciri fizikokimia, kandungan fenol dan aktiviti antioksida daun S. curtisii. Dalam kajian ini, jenis pelarut (metanol, etanol dan aseton) dan kepekatan pelarut yang berbeza (50%, 80% dan 100%) digunakan untuk mengekstrak sebatian fenol daripada sampel daun. Untuk penentuan ciri fizikokimia, analisis warna menunjukkan bahawa ekstrak daun S. curtisii menggunakan 50% etanol memberikan perubahan warna yang paling tinggi secara signifikan (p<0.05) berbanding pelarut lain. Nilai pH bagi ekstrak daun S. curtisii dengan ketiga-tiga jenis dan kepekatan pelarut adalah berasid dengan julat daripada 4.12 hingga 5.26. Daun S. curtisii yang diekstrak dengan 80% etanol mempunyai nilai pH yang paling tinggi (5.26) secara signifikan (p<0.05) berbanding semua pelarut yang digunakan. Keputusan kajian telah membuktikan ekstrak daun S. curtisii menggunakan 80% metanol menunjukkan kandungan fenol (78.3 ± 2.3 µg GAE/kg) yang paling tinggi secara signifikan (p<0.05) berbanding dengan pelarut lain. Selain itu, pengekstrakan menggunakan 80% etanol menunjukkan aktiviti antioksida yang paling tinggi secara signifikan (p<0.05) berbanding pelarut lain terhadap ujian DPPH iaitu 84.05 ± 0.29%. Bagi ujian ABTS, daun S. curtisii diekstrak dengan 80% metanol memberikan nilai ABTS (74.44 ± 0.12%) paling tinggi secara signifikan (p<0.05) berbanding pelarut lain. Bagi ujian FRAP pula, hanya ekstrak daun S. curtisii menggunakan 80% metanol menunjukkan aktiviti antioksida (13.4 ± 0.62 µg GAE/kg) yang paling tinggi secara signifikan (p<0.05). Oleh itu, 80% metanol adalah pelarut yang paling sesuai untuk pengekstrakan daun S. curtisii yang mana ekstrak tersebut mempunyai kandungan fenol dan aktiviti antioksida yang tinggi berbanding pelarut lain.

Publisher

Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM Press)

同舟云学术

1.学者识别学者识别

2.学术分析学术分析

3.人才评估人才评估

"同舟云学术"是以全球学者为主线,采集、加工和组织学术论文而形成的新型学术文献查询和分析系统,可以对全球学者进行文献检索和人才价值评估。用户可以通过关注某些学科领域的顶尖人物而持续追踪该领域的学科进展和研究前沿。经过近期的数据扩容,当前同舟云学术共收录了国内外主流学术期刊6万余种,收集的期刊论文及会议论文总量共计约1.5亿篇,并以每天添加12000余篇中外论文的速度递增。我们也可以为用户提供个性化、定制化的学者数据。欢迎来电咨询!咨询电话:010-8811{复制后删除}0370

www.globalauthorid.com

TOP

Copyright © 2019-2024 北京同舟云网络信息技术有限公司
京公网安备11010802033243号  京ICP备18003416号-3