Rekod Jangka Panjang Kepekatan Metana di Malaysia

Author:

Topa Mohd Rashdan,Latif Mohd Talib,Othman Murnira,Maggie Ooi Chel Gee,Mohd Hanif Norfazrin,Mohd Nadzir Mohd Shahrul,Abd Hamid Haris Hafizal,Ahmad Mohtar Anis Asma,Liew Juneng

Abstract

Gas metana (CH4) adalah gas rumah hijau yang menyebabkan perubahan iklim dan pemanasan dunia. Kajian CH4 dijalankan untuk melihat tren pelepasan CH4 di Malaysia dalam satu jangka masa yang panjang (10 tahun) dari tahun 2000 hingga 2009 dan menilai hubungan CH4 dengan ozon permukaan (O3). Data CH4 daripada 19 stesen pemantauan kualiti udara automatik berterusan Jabatan Alam Sekitar (JAS) di Malaysia telah dianalisis menggunakan analisis statistik dan korelasi Pearson. Hasil kajian mendapati nilai bacaan kepekatan purata bulanan CH4 tertinggi dicatatkan di stesen Larkin, Johor Bahru iaitu 2.61±0.54 ppm. Nilai purata kepekatan CH4 berdasarkan data yang direkodkan di semua stesen di Malaysia adalah 2.00 ppm. Taburan kepekatan CH4 yang lebih tinggi didapati tertumpu di kawasan bandar dan kawasan perindustrian di Selangor, Melaka dan Johor. Analisis korelasi bagi menentukan hubungan CH4 dengan bahan pencemar O3 mendapati 15 stesen menunjukkan korelasi positif yang sangat kecil dan lemah (r < 0.20 dan 0.20 < r < 0.40) manakala empat stesen lagi menunjukkan korelasi negatif. Hubungan antara CH4 dengan bahan pencemar O3 bagi kesemua stesen adalah tidak signifikan (r < 0.5, p > 0.05). Stesen Shah Alam didapati menunjukkan korelasi CH4 paling tinggi dengan O3 berbanding stesen lain. Pengetahuan asas berkenaan CH4 dalam udara ambien Malaysia yang ditunjukkan dalam kajian ini boleh digunakan untuk menilai potensi impak CH4 terhadap alam sekitar, perubahan iklim dan kesihatan manusia.

Publisher

Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM Press)

Subject

Multidisciplinary

同舟云学术

1.学者识别学者识别

2.学术分析学术分析

3.人才评估人才评估

"同舟云学术"是以全球学者为主线,采集、加工和组织学术论文而形成的新型学术文献查询和分析系统,可以对全球学者进行文献检索和人才价值评估。用户可以通过关注某些学科领域的顶尖人物而持续追踪该领域的学科进展和研究前沿。经过近期的数据扩容,当前同舟云学术共收录了国内外主流学术期刊6万余种,收集的期刊论文及会议论文总量共计约1.5亿篇,并以每天添加12000余篇中外论文的速度递增。我们也可以为用户提供个性化、定制化的学者数据。欢迎来电咨询!咨询电话:010-8811{复制后删除}0370

www.globalauthorid.com

TOP

Copyright © 2019-2024 北京同舟云网络信息技术有限公司
京公网安备11010802033243号  京ICP备18003416号-3