Keupayaan Aplikasi Indeks Spektrum dalam Penentuan Perubahan Pantai

Author:

Nachimuthu Saravanakkumar,Ahmad Mustapha Muzzneena

Abstract

Pantai penting dalam menyediakan pelbagai perkhidmatan ekosistem. Garis pantai berubah secara dinamik dan analisis perubahan garis pantai berupaya dilakukan oleh teknologi penderiaan jauh dan GIS. Tujuan kajian ini adalah mengukur keupayaan indeks spektrum seperti Modified Normalized Difference Water Index (MNDWI), Normalized Difference Vegetation Index (NDVI) dan Soil Adjusted Vegetation Index (SAVI) dalam membezakan litupan tanah serta penentuan perubahan garis pantai di pantai barat, Johor antara tahun 2000 dan 2020. Penyelidikan ini dijalankan dengan analisis data imej satelit Landsat 7 ETM+ (2000) dan Landsat 8 OLI/TIRS (2020) menggunakan perisian ERDAS dan ArcGIS. Imej indeks spektrum dijana bagi penentuan garis pantai melalui pengelasan OTSU. Tindan lapis imej dibuat bagi menentukan perubahan garis pantai. Penggunaan indeks spektrum dalam kajian ini menunjukkan bahawa ketiga-tiga indeks spektrum tersebut mampu membezakan air dan darat dengan berkesan di sepanjang pantai barat Johor. MNDWI didapati mempunyai ketepatan keseluruhan 99.00% (2000) dan 97.50% (2020) dan nilai Kappa yang paling tinggi bagi kedua-dua imej satelit Landsat, 0.98 (2000) dan 0.95 (2020). Indeks NDVI dan SAVI mempunyai ketepatan yang sama iaitu 95.00% (2000) dan 96.50% (2020) dan nilai Kappa sama sebanyak 0.90 (2000) dan 0.93 (2020). Pantai barat, Johor telah mengalami pengurangan pantai sebanyak 583.48 hektar dan penambahan 846.85 hektar. Pengurangan yang lebih tinggi diperhatikan di sepanjang pantai Batu Pahat dan Pontian manakala garis pantai di pantai utara Pontian menunjukkan jumlah penambahan yang sangat tinggi. Kajian ini dapat memanfaatkan pihak berkepentingan dengan memberi status perubahan garis pantai terkini untuk mengambil langkah yang berkesan bagi pembangunan dan pengurusan pantai.

Publisher

Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM Press)

Subject

Multidisciplinary

同舟云学术

1.学者识别学者识别

2.学术分析学术分析

3.人才评估人才评估

"同舟云学术"是以全球学者为主线,采集、加工和组织学术论文而形成的新型学术文献查询和分析系统,可以对全球学者进行文献检索和人才价值评估。用户可以通过关注某些学科领域的顶尖人物而持续追踪该领域的学科进展和研究前沿。经过近期的数据扩容,当前同舟云学术共收录了国内外主流学术期刊6万余种,收集的期刊论文及会议论文总量共计约1.5亿篇,并以每天添加12000余篇中外论文的速度递增。我们也可以为用户提供个性化、定制化的学者数据。欢迎来电咨询!咨询电话:010-8811{复制后删除}0370

www.globalauthorid.com

TOP

Copyright © 2019-2024 北京同舟云网络信息技术有限公司
京公网安备11010802033243号  京ICP备18003416号-3