Suatu Ulasan Kritis tentang Kajian Keperluan Pemfluoridaan Air dalam Proses Rawatan Air
-
Published:2022-03-31
Issue:3
Volume:51
Page:679-693
-
ISSN:0126-6039
-
Container-title:Sains Malaysiana
-
language:
-
Short-container-title:JSM
Author:
Rohani Rosiah,Basiron Siti Aishah,Dhana Gopal Thinishaa,Rosli Nurul Suraya,Khairul Zaman Nadiah,Yusoff Izzati Izni,Ali Hanafiah Harlina
Abstract
Pemfluoridaan air merupakan proses penambahan bahan fluorida di dalam sumber air terawat sehingga tahap fluorida di dalam air tersebut mencapai tahap yang disarankan oleh pihak berkuasa dan seterusnya memberi manfaat kepada pengguna untuk kebaikan gigi dan tulang. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesyorkan julat nilai kepekatan dos fluorida dalam sistem air di Malaysia adalah dalam lingkungan nilai 0.4 mg/L hingga 0.6 mg/L. Ion fluorida bukanlah suatu keperluan bagi pertumbuhan manusia tetapi dianggap penting untuk mengelakkan kerosakan gigi dan tulang, terutamanya kepada kanak-kanak. Kajian kritis yang telah dijalankan ini memfokuskan kepada keperluan pemfluoridaan air terawat di dalam proses rawatan air. Berdasarkan kajian ini, kandungan unsur fluorida dalam air mentah mempengaruhi proses pemfluoridaan air memandangkan kandungan unsur tersebut di dalam air minuman tidak boleh melebihi had yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Terdapat beberapa jenis bahan berfluorida yang biasa digunakan bagi pemfluoridaan air, antaranya natrium fluorida, natrium silikofluorida dan asid fluorosilisik. Penambahan bahan berfluorida ini ke dalam air hendaklah mematuhi dos yang tepat bagi memberi manfaat kepada pengguna dan seterusnya mengelakkan penyakit berkaitan fluorida. Kesimpulannya, pengawasan yang berterusan terhadap kepekatan fluorida pada pelbagai peringkat sama ada dalam peringkat pengumpulan air mentah, rawatan air dan pengagihan air terawat adalah penting bagi memastikan air dengan kandungan fluorida yang optimum dapat dibekalkan kepada pengguna.
Publisher
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM Press)
Subject
Multidisciplinary