Kesan Penambahan Fukoidan Terhadap Kualiti Penyimpanan Kombucha

Author:

Aziz Nurul Shahirah,Abd Aziz Nur Syafiqa,Lim Seng Joe,Sofian-Seng Noor-Soffalina,Wan Mustapha Wan Aida,Abdul Rahman Hafeedza,Mohd Razali Noorul Syuhada

Abstract

Kombucha ialah minuman berasid yang dihasilkan daripada teh manis setelah penapaian menggunakan kultur simbiotik bakteria dan yis (SCOBY). Ekstrak fukoidan daripada rumpai laut menjadi bahan berfungsi tinggi antioksidan yang boleh meningkatkan kualiti penyimpanan kombucha. Objektif kajian ialah untuk mengukur kesan penambahan fukoidan pada kepekatan berbeza (0.0, 0.25, 0.50, 0.75, 1.0 mg/mL) terhadap kualiti fizikokimia kombucha seperti warna, nilai TSS, nilai TA, nilai pH, flavonoid serta antioksida (TPC, DPPH dan FRAP) yang disimpan pada suhu 4 °C selama 14 hari. Kombucha yang diperkuat dengan fukoidan disediakan menggunakan teh bergula (150 g sukrosa/L larutan teh) yang ditapai dengan 150 mL kultur pemula SCOBY pada suhu 28 °C selama 7 hari. Selepas proses penapaian selesai, kombucha disimpan pada suhu 4 °C untuk pencirian fizikokimia dan bioaktiviti pada hari 0, 7 dan 14. Hasil kajian mendapati penambahan fukoidan mempengaruhi nilai warna a* dan b* (p<0.05) namun tidak merubah kecerahan (L*), menurunkan nilai TSS dan nilai TA (p<0.05), meningkatkan nilai pH (> pH 2.5) serta merendahkan kandungan alkohol (< 0.5%). Manakala, kesan bioaktiviti kombucha dengan kepekatan fukoidan 1.00 mg/mL mencatatkan peningkatan TFC: 5.78 ± 0.19 mg QUE/mL (p<0.05), TPC: 0.47 ± 0.01 mg GAE/mL (p<0.05) dan FRAP 390.43 ± 0.03 mg AAE/mL (p<0.05) lebih tinggi selepas 14 hari berbanding sampel kawalan. Fukoidan serendah 0.25 mg/mL meningkatkan peratusan DPPH seiring peningkatan kepekatan (p<0.05). Ciri fizikokimia, bioaktiviti serta antioksidan minuman kombucha telah meningkat setelah ditambah dengan 1.0 mg/mL fukoidan selepas 14 hari penyimpanan.

Publisher

Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM Press)

同舟云学术

1.学者识别学者识别

2.学术分析学术分析

3.人才评估人才评估

"同舟云学术"是以全球学者为主线,采集、加工和组织学术论文而形成的新型学术文献查询和分析系统,可以对全球学者进行文献检索和人才价值评估。用户可以通过关注某些学科领域的顶尖人物而持续追踪该领域的学科进展和研究前沿。经过近期的数据扩容,当前同舟云学术共收录了国内外主流学术期刊6万余种,收集的期刊论文及会议论文总量共计约1.5亿篇,并以每天添加12000余篇中外论文的速度递增。我们也可以为用户提供个性化、定制化的学者数据。欢迎来电咨询!咨询电话:010-8811{复制后删除}0370

www.globalauthorid.com

TOP

Copyright © 2019-2024 北京同舟云网络信息技术有限公司
京公网安备11010802033243号  京ICP备18003416号-3