Penghasilan Selulosa Bakteria daripada Kordial Minuman Tamat Tempoh dan Potensi Pengunaannya sebagai Gel Selulosa Anti-Pemerangan

Author:

Francis Fabiana,Zaki Zur Ain Aqillah Binti,Mohd Zaini Nurul Aqilah

Abstract

Selulosa adalah polimer karbohidrat yang mudah diperoleh daripada sumber tumbuhan dan dihasilkan melalui proses fermentasi pelbagai jenis bakteria seperti Komagataeibacter xylinus. Walau bagaimanapun, selulosa bakteria mempunyai ketulenan dan kapasiti pegangan air yang lebih tinggi berbanding selulosa daripada sumber tumbuhan dan oleh itu, ia mempunyai potensi untuk digunakan sebagai gel selulosa aktif dalam industri makanan seperti gel anti-pemerangan. Minuman kordial yang telah tamat tempohnya merupakan media fermentasi yang baik bagi penghasilan selulosa bakteria kerana mengandungi kandungan gula yang tinggi dan sekaligus mengurangkan masalah pengurusan sisa minuman. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk menghasilkan selulosa bakteria sebagai gel anti-pemerangan daripada minuman kordial yang yang telah tamat tempohnya dalam model jus epal segar. Tahap pertama kajian adalah membandingkan penghasilan selulosa bakteria daripada minuman kordial yang sudah tamat tempohnya tanpa dan dengan penambahan ekstrak yis. Hasil kajian menunjukkan minuman kordial dengan penambahan yis menghasilkan berat selulosa basah tertinggi iaitu 140 g/L, penurunan nilai pH sebanyak 1.72 dan penurunan kepekatan gula dan protein sebanyak 12.44 mg/mL dan 0.93 mg/mL selepas 14 hari fermentasi. Gel selulosa yang dihasilkan kemudiannya digunakan sebagai gel anti-pemerangan (penambahan 0.1% asid askorbik) pada peringkat kedua kajian ini. Hasil kajian menunjukkan bahawa indeks pemerangan dalam jus epal yang mengandungi gel selulosa anti-pemerangan telah berjaya mencegah pemerangan dalam jus epal segar (15.01) berbanding dengan indeks pemerangan dalam jus epal kawalan (25.58). Kesimpulannya, selulosa bakteria dapat dihasilkan daripada minuman kordial yang telah tamat tempohnya dan berpotensi sebagai gel anti-pemerangan bagi mengurangkan pemerangan enzim dalam jus epal segar.

Publisher

Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM Press)

Subject

Multidisciplinary

同舟云学术

1.学者识别学者识别

2.学术分析学术分析

3.人才评估人才评估

"同舟云学术"是以全球学者为主线,采集、加工和组织学术论文而形成的新型学术文献查询和分析系统,可以对全球学者进行文献检索和人才价值评估。用户可以通过关注某些学科领域的顶尖人物而持续追踪该领域的学科进展和研究前沿。经过近期的数据扩容,当前同舟云学术共收录了国内外主流学术期刊6万余种,收集的期刊论文及会议论文总量共计约1.5亿篇,并以每天添加12000余篇中外论文的速度递增。我们也可以为用户提供个性化、定制化的学者数据。欢迎来电咨询!咨询电话:010-8811{复制后删除}0370

www.globalauthorid.com

TOP

Copyright © 2019-2024 北京同舟云网络信息技术有限公司
京公网安备11010802033243号  京ICP备18003416号-3