Kajian Terhadap Eis dan Kaedah Kehilangan Berat: Novel Perencat Kakisan Hijau daripada Ekstrak Etlingera Elatior

Author:

Rosli Syahidah Nabila,Othman Norinsan Kamil,Md Zain Ahmad Rifqi

Abstract

Perencatan kakisan berasaskan bahan pengekstrakan tumbuhan telah mendapat perhatian penyelidik sejak beberapa tahun kebelakangan ini disebabkan tidak bertoksik dan biodegredasi. Hasil ekstrak Etlingera elatior telah digunAakan dalam kajian ini sebagai perencat kakisan hijau dalam medium 0.5 M asid hidroklorik (HCl). Dalam kajian ini, bahan ekstrak yang diperoleh telah dicirikan menggunakan analisis spektroskopi inframerah Fourier-transformasi (FTIR) dan spektroskopi jisim-kromatografi gas (GC-MS) untuk mengenal pasti kumpulan berfungsi dan sebatian kimia yang wujud. Keberkesanan bahan ekstrak dalam perencatan kakisan keluli berkarbon rendah telah dikaji melalui ujian kehilangan berat dan ujian impedans (EIS) dalam medium berasid mengikut parameter suhu (25 °C, 45 °C dan 65 °C) dan kepekatan ekstrak (250 ppm, 450 ppm, 650 ppm, 950 ppm dan 1050 ppm) yang berbeza. Spesimen keluli berkarbon rendah dicirikan melalui mikroskop elektron imbasan (SEM) dan serakan x penyebaran tenaga (EDX). Spektroskopi inframerah Fourier-transformasi (FTIR) telah menunjukkan kehadiran kumpulan berfungsi seperti hidroksil dan alkena. Sebatian organik yang mempunyai ikatan π dengan kepadatan elektron tinggi akan memudahkan proses penjerapan. Analisis GC-MS pula mendedahkan empat sebatian utama yang terdapat dalam ekstrak Etlingera elatior iaitu N-asid hexadekanoik, siklododekan, 9,12-asid oktadekadienoik dan asid dodekanoik. Kecekapan perencatan yang diperoleh dari ujian kehilangan berat mendapati bahawa peratusan kecekapan perencatan tertinggi adalah 93.6%, manakala bagi ujian impedans (EIS) adalah 90.5% pada kepekatan 950 ppm. Suhu yang tinggi juga mempercepatkan kadar kakisan dan kecekapan perencatan (IE%) menurun. Morfologi pembentukan lapisan pelindung dilihat pada permukaan berkarbon rendah apabila dengan kehadiran perencat kakisan ekstrak Etlingera elatior. Secara keseluruhannya, perencat kakisan daripada ekstrak Etlingera elatior berupaya menghalang kakisan berlaku disokong pula dengan sifat yang mesra alam.

Publisher

Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM Press)

Subject

Multidisciplinary

同舟云学术

1.学者识别学者识别

2.学术分析学术分析

3.人才评估人才评估

"同舟云学术"是以全球学者为主线,采集、加工和组织学术论文而形成的新型学术文献查询和分析系统,可以对全球学者进行文献检索和人才价值评估。用户可以通过关注某些学科领域的顶尖人物而持续追踪该领域的学科进展和研究前沿。经过近期的数据扩容,当前同舟云学术共收录了国内外主流学术期刊6万余种,收集的期刊论文及会议论文总量共计约1.5亿篇,并以每天添加12000余篇中外论文的速度递增。我们也可以为用户提供个性化、定制化的学者数据。欢迎来电咨询!咨询电话:010-8811{复制后删除}0370

www.globalauthorid.com

TOP

Copyright © 2019-2024 北京同舟云网络信息技术有限公司
京公网安备11010802033243号  京ICP备18003416号-3