Sintesis dan Pencirian Kompleks Fenolbenzimidazol dan Kajian Interaksi terhadap CT-DNA
-
Published:2021-11-30
Issue:11
Volume:51
Page:3689-3702
-
ISSN:0126-6039
-
Container-title:Sains Malaysiana
-
language:
-
Short-container-title:JSM
Author:
Ismail Nor Falahiah,Norazmi Nur Aqilah Zahirah,Abd Karim Nurul Huda
Abstract
Kompleks fenolbenzimidazol berjaya disintesis dan dicirikan menggunakan spektroskopi resonans magnet nukleus (RMN), spektroskopi inframerah transformasi Fourier (FTIR), penentuan julat takat lebur, analisis ultralembayung-boleh nampak (UL-BN), analisis unsur (CHNS), kerentanan magnet dan Kristalografi Sinar-X. Mod pengikatan interaksi antara kompleks fenolbenzimidazol dengan DNA timus anak lembu (CT-DNA) dikaji dengan kaedah pentitratan DNA menggunakan serapan elektronik UL-BN dan kajian nisbah kepekatan DNA menggunakan analisis pendarfluor. Berdasarkan spektrum UL-BN, anjakan hipokromism dan batokromism diperhatikan apabila kompleks fenolbenzimidazol dititratkan dengan CT-DNA dan menunjukkan pembentukan kompleks baru. Kompleks fenolbenzimidazol berinteraksi dengan CT-DNA secara pengikatan interkalasi dengan pemalar pengikatan, Kb (1.68 ± 1.4) × 105 - (1.02 ± 0.1) × 107 M-1. Kajian pendarfluor dijalankan untuk memerhati sifat optik kompleks fenolbenzimidazol terhadap CT-DNA. Keputusan kajian ini sangat bernilai dan berpotensi dalam menjadikan kompleks fenolbenzimidazol sebagai prob DNA sensor optik.
Publisher
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM Press)
Subject
Multidisciplinary