Penghasilan Karbon Aktif melalui Pengaktifan Wap Biojisim Serat Panjang Tandan Sawit Kosong

Author:

Zabidi Muhammad Nur Hakimi,Derawi Darfizzi

Abstract

Longgokan tandan sawit kosong (EFB) di Malaysia memerlukan perancangan yang lebih teliti dalam menukarkan sisa biojisim kepada produk bernilai tinggi. Penghasilan karbon aktif daripada biojisim EFB merupakan salah satu inisiatif yang sangat signifikan dalam menghasilkan produk bahan termaju ini. Serat panjang EFB ditukarkan kepada karbon aktif melalui kaedah pengaktifan stim. Pengaktifan stim secara suntikan wap air ini telah dijalankan pada suhu 700, 750, 800, 900 dan 1000 °C selama 60 minit. Serbuk EFB, bio-arang dan karbon aktif yang dihasilkan dalam kajian ini telah menjalani analisis pencirian menggunakan kaedah penjerapan fizikal. Karbon aktif terhasil pada suhu 800 °C memberikan luas permukaan (561.0 m2/g) dan isi padu liang (0.2800 cm3/g) tertinggi dan bersifat mesoliang (2.9 nm) berbanding karbon aktif yang terhasil pada suhu lain. Oleh itu, suhu 800 °C merupakan suhu optimum bagi penghasilan karbon aktif dalam kajian ini. Sehubungan itu, karbon aktif 800 °C dilakukan pencirian selanjutnya menggunakan XRD, FTIR dan FESEM. Struktur amorfus dapat dilihat berdasarkan pencirian XRD. Melalui analisis FTIR, karbon aktif ini mengandungi beberapa kumpulan berfungsi seperti alifatik-CH, C-O dan C=O. Kemunculan puncak penyerapan getaran kumpulan C=O pada karbon aktif ini selepas pengaktifan wap dapat dikaitkan dengan tindak balas pengoksidaan bio-arang yang mana wap air bertindak sebagai agen pengoksidaan. Tambahan pula, morfologi permukaannya oleh FESEM menunjukkan permukaan berliang berbentuk bulat dan susunannya kurang teratur. Justeru, kajian berkaitan penghasilan karbon aktif daripada biojisim tandan sawit kosong melalui pengaktifan stim telah dijalankan. Penukaran biojisim EFB kepada karbon aktif menyokong kepada usaha membangunkan teknologi hijau dan kitaran ekonomi mampan.

Publisher

Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM Press)

同舟云学术

1.学者识别学者识别

2.学术分析学术分析

3.人才评估人才评估

"同舟云学术"是以全球学者为主线,采集、加工和组织学术论文而形成的新型学术文献查询和分析系统,可以对全球学者进行文献检索和人才价值评估。用户可以通过关注某些学科领域的顶尖人物而持续追踪该领域的学科进展和研究前沿。经过近期的数据扩容,当前同舟云学术共收录了国内外主流学术期刊6万余种,收集的期刊论文及会议论文总量共计约1.5亿篇,并以每天添加12000余篇中外论文的速度递增。我们也可以为用户提供个性化、定制化的学者数据。欢迎来电咨询!咨询电话:010-8811{复制后删除}0370

www.globalauthorid.com

TOP

Copyright © 2019-2024 北京同舟云网络信息技术有限公司
京公网安备11010802033243号  京ICP备18003416号-3