Kepelbagaian Makroinvertebrat Bentik di Sungai Jeriau, Bukit Fraser, Pahang, Malaysia

Author:

Hasnoramri Hasya Shazwani,Lau Hor Yue,Ahmad A.K.

Abstract

Sungai Jeriau ialah sungai yang tidak terganggu oleh aktiviti antropogen dan dipercayai mempunyai kualiti air yang baik serta kepelbagaian biologi akuatik yang tinggi. Oleh itu suatu kajian telah dijalankan untuk menilai kualiti air dan kepelbagaian komuniti makroinvertebrat bentik di sungai tersebut serta mengenal pasti makroinvertebrat bentik yang berpotensi sebagai penunjuk biologi di ekosistem tanah tinggi. Persampelan telah dilakukan pada bulan April 2020 dan sebanyak sembilan stesen telah disampel yang mewakili Sungai Jeriau dan salah satu anak sungai yang bersambung dengan Sg. Jeriau. Makroinvertebrat bentik disampel menggunakan jaring Surber dan pengukuran in-situ kualiti air telah dilakukan untuk parameter kekonduksian, pepejal terlarut (TDS), pH, halaju air, suhu dan oksigen terlarut (DO) menggunakan meter YSI 885. Berdasarkan kepada piawaian kualiti air kebangsaan (NWQS), Sungai Jeriau didapati mempunyai kualiti air yang baik dan berada dalam kelas I untuk semua parameter yang dikaji. Ujian Kruskal-Wallis menunjukkan kebanyakan parameter kualiti air berbeza dengan bermakna di antara stesen persampelan (p<0.05, α=0.05) kecuali parameter suhu. Sejumlah 3085 individu makroinvertebrat bentik yang terdiri daripada 1 filum, 2 kelas, 8 order dan 52 famili telah direkodkan di kawasan kajian. Kawasan kajian didominasi oleh famili Elmidae dan Scirtidae (Order:Coleoptera), Baetidae dan Heptageniidae (Order:Ephemeroptera), Hydropsychidae dan Perlidae (Order:Trichoptera) diikuti oleh Tipulidae, Chironomidae dan Simulidae (Order:Diptera). Purata nilai Indeks Kepelbagaian Shannon (H’) adalah 2.56±0.17, Indeks Keseragaman Pielou (J) (0.76±0.09), Indeks Kekayaan Margalef, DMg (4.99±1.72) dan Indeks Reciprocal Berger-Parker (4.54±1.51) yang menunjukkan kualiti ekosistem di antara sederhana tertekan dan baik. Nilai kepelbagaian Shannon rendah disebabkan oleh pendominasian oleh beberapa famili seperti di atas dan pengiraan dilakukan pada aras hirarki taksonomi yang tinggi iaitu famili. Variasi kelimpahan makroinvertebrat bentik di kawasan kajian adalah besar iaitu lebih daripada 70%, dan ujian CCA menunjukkan kekonduksian, suhu dan oksigen terlarut mempunyai pengaruh terhadap famili Elmidae, Chironomidae dan Baetidae. Ujian Monte Carlo menunjukkan terdapat variasi yang signifikan pada paksi–1 CCA (p<0.05) bagi parameter kekonduksian dan oksigen terlarut. Hasil kajian menunjukkan Sg. Jeriau menampung kepelbagaian yang tinggi dan famili Elmidae, Chironomidae dan Baetidae berpotensi sebagai penunjuk biologi ekosistem sungai tanah tinggi.

Publisher

Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM Press)

Subject

Multidisciplinary

同舟云学术

1.学者识别学者识别

2.学术分析学术分析

3.人才评估人才评估

"同舟云学术"是以全球学者为主线,采集、加工和组织学术论文而形成的新型学术文献查询和分析系统,可以对全球学者进行文献检索和人才价值评估。用户可以通过关注某些学科领域的顶尖人物而持续追踪该领域的学科进展和研究前沿。经过近期的数据扩容,当前同舟云学术共收录了国内外主流学术期刊6万余种,收集的期刊论文及会议论文总量共计约1.5亿篇,并以每天添加12000余篇中外论文的速度递增。我们也可以为用户提供个性化、定制化的学者数据。欢迎来电咨询!咨询电话:010-8811{复制后删除}0370

www.globalauthorid.com

TOP

Copyright © 2019-2024 北京同舟云网络信息技术有限公司
京公网安备11010802033243号  京ICP备18003416号-3