Kesan Suhu Pengekstrakan Akueus terhadap Ciri Fizikokimia dan Antioksidan Gam Bendi

Author:

Rashid Ridha Zati Hanani,Sofian-Seng Noor-Soffalina,Abdul Rahman Hafeedza,Kasim Khairul Farihan

Abstract

Penyelidikan ini dijalankan untuk menilai ciri fizikokimia gam bendi yang diekstrak pada suhu 25, 40, 60 dan 80 ℃. Ekstrak gam bendi kemudiannya dianalisis bagi penentuan pH, warna, kapasiti pengikat air, reologi dan kandungan fenol jumlah (TPC). Aktiviti antioksidan iaitu pemerangkapan radikal bebas 2,2-diferil-1-pikrihidrazil (DPPH) serta kuasa antioksidan penurunan ferik (FRAP) turut dijalankan. Hasil berat kering gam bendi menunjukkan tiada perbezaan signifikan (p>0.05) pada suhu pengekstrakan 25 ℃ dan 40 ℃. pH ekstrak gam bendi adalah hampir neutral (pH 6.69-6.75) pada suhu pengekstrakan 25 ℃ hingga 80 ℃, mempunyai warna yang cerah dan kuning kehijauan. Kapasiti pengikat air gam bendi yang diekstrak pada 25 ℃ dan 40 ℃ didapati lebih tinggi secara signifikan (p<0.05) berbanding suhu pengekstrakan 60 ℃ dan 80 ℃. Sementara itu, ekstrak gam bendi menunjukkan kandungan fenol jumlah (TPC) yang tinggi secara signifikan (p<0.05) pada suhu 60 ℃ pada kepekatan 9000 µg/mL ekstrak akueus gam bendi berbanding pada suhu 25 ℃, 40 ℃ dan 80 ℃. DPPH dan FRAP menunjukkan korelasi positif (r= 0.337) dan (r= 0395) tetapi tidak signikan (p>0.05). Kesimpulannya, peningkatan suhu pengekstrakan dapat meningkatkan hasil esktrak tetapi memberi kesan pengurangan kapasiti pengikat air serta kelikatan ketara ekstrak gam yang terhasil. Oleh itu, adalah penting untuk mengenal pasti objektif akhir penggunaan gam bendi bagi membolehkannya diekstrak menggunakan suhu yang paling sesuai dengan potensi penggunaannya.

Publisher

Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM Press)

Subject

Multidisciplinary

同舟云学术

1.学者识别学者识别

2.学术分析学术分析

3.人才评估人才评估

"同舟云学术"是以全球学者为主线,采集、加工和组织学术论文而形成的新型学术文献查询和分析系统,可以对全球学者进行文献检索和人才价值评估。用户可以通过关注某些学科领域的顶尖人物而持续追踪该领域的学科进展和研究前沿。经过近期的数据扩容,当前同舟云学术共收录了国内外主流学术期刊6万余种,收集的期刊论文及会议论文总量共计约1.5亿篇,并以每天添加12000余篇中外论文的速度递增。我们也可以为用户提供个性化、定制化的学者数据。欢迎来电咨询!咨询电话:010-8811{复制后删除}0370

www.globalauthorid.com

TOP

Copyright © 2019-2024 北京同舟云网络信息技术有限公司
京公网安备11010802033243号  京ICP备18003416号-3